Pasangan Kris Dayanti dan Raul Lemos. (pic from google) |
Pasagan pengantin baru, Kris Dayanti dan Raul Lemos baru sahaja mengadakan majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta, hujung minggu yang lalu. Majlis itu diraikan dengan penuh gilang gemilang dan dihadiri oleh lebig 3000 orang tetamu. Kris Dayanti yang tampil dengan pakaian pengantin hasil rekaan pereka terkenal dunia, Vera Wang, tampak sungguh anggun.
Apa yang lebih menarik dalam majlis ini ialah ianya turut dihadiri oleh bekas suami Kris, Anang Hermansyah yang hadir bersama dengan kekasihnya, Ashanty. BUkan sekadar mengucapkan tahniah malah Anang juga sempat menyanyikan dua buah lagu iaitu Jodohku dan Tanpa Bintang khas buat Kris dan suaminya.
Suasana menjadi penuh emosi apabila Anang menatap wajah Kris dan seterusnya berpelukan erat dengan Raul Lemos sambil diiringi tepukan hebat daripada para tetamu yang hadir. Antara artis lain yang hadir ialah Luna Maya, Titiek Puspa, Rossa, Titi DJ, Camelia Malik, Afghan, Bunga Citra Lestari dan teman karibnya, Siti Nurhaliza yang hadir bersama suami dan abangnya.
Semoga Kris dan Raul bahagia dalam kehidupan rumah tangga mereka selepas ini.
2 ulasan:
ahahha..sedihnya tambah gembira
wahhh.. gosip gosip...
Catat Ulasan