A kiss or a gun shot | Boros Di Aralom

Jumaat, 25 Mac 2011

A kiss or a gun shot

St.Petersburg, Florida -Helen Staudinger, seorang wanita tua berumur 92 tahun ditahan polis kerana melepaskan tembakan ke atas seorang lelaki yang juga merupakan jirannya pada Selasa lalu. Wanita tersebut bertindak demikian kerana marah apabila lelaki tersebut menolak untuk mencimnya.

Menurut mangsa yang bernama Dwight Bettner, 53, "kepala saya hanya berada bebarapa inci sahaja lagi dari peluru tersebut, jika saya bergerak sedikit ke depan, sudah tentu peluru itu mengenai belakang kepala saya" katanya.

Laporan polis mengatakan bahawa Staudinger telah mengunjungi rumah Bettner di Fort McCoy dan berkeras untuk tidak meninggalkan rumah itu selagi mangsa tidak menciumnya. Apabila mangsa mengatakan "tidak", mereka bertengkar dan wanita itu kemudiannya meninggalkan tempat tersebut. Beberapa minit kemudian, empat das bunyi tembakan telah dilepaskan ke arah rumah mangsa dan mengenai tingkap semasa Bettner bercakap dengan ayahnya menerusi telefon.

Menurut Bettner lagi, jirannya itu seakan-akan menaruh perasaan terhadapnya semenjak dia berpindah ke kawasan itu sekitar enam bulan yang lalu. Katanya "saya sering membantu membuang sampah sarap dari rumahnya kerana kami berjiran. Tetapi dia mungkin menggapnya lebih daripada itu". - Reuters.


Trend Menarik Sekarang:-Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGiHadiah-hadiah Percuma dari DiGiInstall Opera Mini-FY dalam smartphone

1 ulasan:

PCL berkata...

kiss....haa.