Lisa Surihani berjaya kumpul 1.2 juta peminat di Facebook | Boros Di Aralom

Jumaat, 18 Mac 2011

Lisa Surihani berjaya kumpul 1.2 juta peminat di Facebook

LISA Surihani boleh dikategorikan sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular ketika ini berdasarkan 12 filem yang dilakonannya sejak tahun 2007. Selain itu, populariti Lisa turut diukur menerusi jumlah peminatnya yang saban hari, bertambah ramai.
(google image)
Buktinya, wanita yang berusia 25 tahun ini mengakui, dia berjaya mengumpul sebanyak 1.2 juta peminat menerusi laman sosial facebooknya.

Lisa berkata, dia berbangga dengan sokongan para peminat terhadap dirinya dan akan menggunakan populariti itu bagi menarik mereka menonton filem-filem lakonannya yang ditayangkan di pawagam pada masa akan datang.

"Kalau tidak ada peminat, bagaimana seseorang pelakon itu mahu menarik penonton untuk menonton filem-filem lakonannya di pawagam? Begitu jugalah dengan saya. Bagaimanapun, sekarang ini para penonton sudah pandai membuat penilaian antara bakat dan populariti.

"Mereka (peminat) akan menilai sama ada seseorang pelakon itu boleh berlakon atau pun tidak. Merekalah penentu nasib seseorang pelakon atau sesebuah filem itu sama ada mampu dapat membuat kutipan tiket box-office atau tidak.

"Semua itu bergantung atas penerimaan peminat. Bukan saya sahaja yang ada pengikut dalam facebook, tetapi pelakon kanak-kanak seperti Mia Sara yang baru berusia lima tahun pun sudah ada hampir 700,000 peminat di data bilangan peminatnya," ujar Lisa.

Lisa yang ditemui pada majlis doa selamat sebelum bermulanya penggambaran filem terbaru lakonannya, Papa, I Love You berkata, segala yang dikecapinya pada hari ini adalah hasil kerja keras dan kepelbagaian watak yang dilakonkan sejak empat tahun lalu.
(google image)
Jelas Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 ini, dia bukan sahaja bersedia melakonkan pelbagai watak tetapi tidak kisah jika digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki termasuklah kalangan muka baru.

Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini mengambil contoh, dia tiada sebarang masalah untuk digandingkan dengan Zalif Sidek. Read more...

(sumber: Utusan Malaysia Online)

6 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

Bah ... peminat Lisa Surihani rupanya ko ni nancy ^_^

Tanpa Nama berkata...

1.2 juta!!! fuyooo.. kalo lah dpt follower cenggini ramai untuk blog hehehe bessttt

Recently: singgah Juma'at ~ kelebihan berwuduk

Nancypoh berkata...

Mrs.Mygaman* sy minat dia sejak dia budak2 dlu lg..hee

xDer* wah..kalau semua folower tu visit blog kiter kan bagus...huhu..

Aisha Hassan berkata...

hello dear;
thanks for joining me in last week. you are mention on my friend finding friday post here
Things I leaned from Growing up.

3yesha

Kak Imun berkata...

Hello, nancy. Kak pun minat lisa sejak dia remaja, jadi pelakon iklan dulu. Comel bah dia.....:)

Nancypoh berkata...

AW* thanks a lot for mentioning me on your post..i really appreciate it..will come to your blog again soon.

Myfrin* iya ba..masa dia kecik2 dulu memang cumil..heee