Khasiat teh sama dengan khasiat air putih | Boros Di Aralom

Khamis, 31 Mac 2011

Khasiat teh sama dengan khasiat air putih

London, March 28 (ANI): Sebuah kajian baru mendapati bahawa meminum 4-6 cawan teh setiap hari adalah sangat baik seperti juga minum seliter air sehari untuk menjaga tubuh daripada terhidrasi. 

Penemuan ini membantah idea bahawa minum teh secara teratur dapat mengeringkan tubuh kerana kandungan kafein-nya.  Penyelidikan juga tidak menemui kesan kesihatan negatif daripada meminum teh dalam jumlah tersebut. Dalam ujian klinikan yang telah dijalankan, sebanyak 21 responden telah meminum empat cawan teh 240ml selama 12-jam - yang setara dengan jumlah kurang satu liter teh.
Teh tersebut termasuklah 20ml susu semi-skim tanpa gula. Ujian ini juga diulang dengan menggunakan enam cawan teh atau air putih, sama dengan hampir 1.5 liter cecair, untuk menyiasat kesan daripada pengambilan. 
Contoh darah diambil sebelum dikonsumsi dan secara berkala untuk memeriksa tahap penghidratan. Analisis tidak mendapati perbezaan yang signifikan antara minum teh dan air. 

Menurut Carrie Ruxton, penasihat pemakanan untuk panel kajian, kepada Daily Mail, "teh adalah cara terbaik untuk mengekalkan tahap cecair yang sihat dalam tubuh. Selain itu, teh juga merupakan sumber yang kaya dengan flavonoid, yang telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung dan stroke,". Penyelidikan ini telah diterbitkan dalam British Journal of Nutrition (ANI).


Tiada ulasan: