(image from Mangga Online) |
"Saya pernah dikaitkan bercinta dengan Yusri KRU dan Hans Isaac, tetapi itu semua tidak benar sama sekali, kami hanya berkawan seperti mana orang lain juga tetapi di salah anggap oleh sesetengah pihak. Tetapi, gosip yang paling tidak relevan adalah sewaktu saya dikatakan bercinta dengan Ramli MS.
"Saya tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan Ramli MS, dan jarang sekali saya bertemu dengannya, jadi saya hairan bagaimana gosip sebegitu boleh timbul. Memang saya malu, kerana semua orang mengenali Ramli MS sebagai orang muzik yang cukup berpengalaman dan saya sendiri tidak pernah berurusan dengannya.
"Sebenarnya seperti sekarang, saya lebih selesa menjalinkan hubungan rapat dengan orang yang luar daripada bidang seni, dan mempunyai kerja tetap, kerana saya mahu pasangan hidup saya mempunyai kehidupan yang stabil,"jelas Marsha.
Bercerita soal cinta, jelas Marsha dia sudahpun mengenali Z hampir setahun setengah dan kini mereka masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga.
"Saya mengenalinya sewaktu dihujung tahun 2009 sewaktu menghadiri pelancaran Celebriti Cafe milik Ajai, dan selepas itu hubungan kami menjadi rapat.
"Dia orang melayu dan berusia 28 tahun, dia sangat memahami saya dan kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon".
Menurutnya lagi "Z sudah bertemu keluarga saya pada majlis ulang tahun kelahiran saya yang lalu, dan saya juga telah dibawa bertemu keluarganya pada hari raya yang lepas. Tiada masalah tentang itu, cuma kami sahaja yang belum berbincang tentang perkahwinan,".
Hah, kalau dah suka sama suka, apa tunggu lagi. Mahu juga pergi majlis makan-makan kat rumah Marsha nanti. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang.
Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone
4 ulasan:
wahwah marshaaa..sudah mahu kawin yee? :)
meh ke rumah..
~hampir kehilangan kerana kelalaian~
keep in touch ye..♥♥♥
Perbezaan boleh diatasi asalkan ada keikhlasan dalam perhubungan. :-)
Dda Ly* visited you..harap2 marsha akan buat majlis kawin tu kat Tamparuli..dekat nak g makan2..hee
Shafiq* keikhlasan dan komitmen dalam perhubungan...
i like marsha...very much....she's natural... walupun gedik2 sket tapi cute la :)
Catat Ulasan