Kelmarin dulu, hati ini rasa sangat teruja untuk memformat laptop kapcai yang dah berusia lima tahun ini. Biasa lah kalau laptop dah lama, pelbagai 'penyakit komputer' yang datang. Hang sana sini, stuck tak bertempat. Nak blogwalking pun susah.
Nasib baik lah ada sedara yang pandai format laptop. So, jimat sikit..percuma gitu. Laptop yang sedang dipakai ini sayang nak bagi orang. Banyak jasanya kepada gua. Dipakai sejak kat Universiti lagi.
Lepas kena format, dengan gembiranya gua install benda-benda penting dalam lappy, Dari graphic properties sampai lah kepada video audio. Lepas itu, tanpa berfikir panjang, terus pulak install game PES dan sebagainya. Waduh..memang kepala game la.
Then tadi, tetiba ada kawan tanya, "dah siap ka laporan dulu tu?", tercengang sekejap. Alamak, laptop baru format. Laporan tu sebenarnya dah siap lama dan dah simpan dalam pendrive sebelum format. Kawan gua tu bagi lagi sedikit pembetulan dengan report tu. Gua okey ja.
Bila balik rumah, buka laptop kononnya nak edit laporan. Tapi....argh! Microsoft Word tak der lah..lupa install. Mentang-mentanglah dah jarang buat report. Kan dah kena!! nak baca laporan yang dulu pun tak boleh. Nak download kat internet pun satu hal juga. Internet kat rumah ini manalah kuat. Setakat menaip blog, okey la...
Apa guna komputer kalau tiada Microsoft Word...so, kena mintak balik sedara gua itu install benda ni kat lappy tersayang gua..satu lagi pengajaran berharga bila nak format laptop.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan