10 Jenis Blogger di alam maya | Boros Di Aralom

Jumaat, 15 Februari 2013

10 Jenis Blogger di alam maya

 
Nak tahu apakah jenis-jenis blogger yang ada di alam maya ini? Berikut adalah antara 10 jenis blogger:-

1. Blogger Baik Hati
Blogger jenis ini selalu membuat entri yang berunsur nasihat. Entri pun banyak bahasa bunga-bunga. Sering komen blog orang lain serta sering balas komen. Walaupun komen orang lain itu, pendek.

2. Blogger rajin
Hah, kalau tiap-tiap hari update blog tu memang dikira rajin la. Apa lagi kalau setiap jam ada entri baru. Walaupun blogger rajin ini suka buat menu kopi pasta tapi ianya tidak salah kerana blog sememangnya menjadi wadah perkongsian informasi.

3. Blogger suam-suam
Bloger jenis ini suka blogging tapi agak jarang buat entri atau update blog. Hanya update bila ada mood. Entri pun macam suam-suam juga.

4. Blogger assertive
Blogger jenis ini suka berterus terang di dalam entri. Kalau dia rasa tak sedap, memang tak sedap la. Kalau dia rasa blog orang lain itu tak cantik, maka ditulisnya juga. Tetapi dalam memberi komen tentang orang/blog lain, blogger ini ada menyelitkan nasihat dan pandangan membina.

5. Blogger emosional
Blogger ini suka buat entri panjang-panjang yang mendalam maksudnya walaupun jarang update blog. Blog umpama diari maya untuknya.

6. Blogger gila follower dan trafik
Memiliki jumlah follower yang ramai serta trafik yang tinggi adalah satu pencapaian yang sangat bagus dan positif untuk seorang blogger. Tapi jika dah 'gila' trafik dan follower, memang kurang sihat lah. Sampai nak spam ruang komen dan shoutbox orang gitu. Memang ada blogger macam ini.

7. Blogger kaki buli
Ini adalah blogger yang suka buat entri semata-mata untuk menyentap blogger lain. Suka menulis pasal kelemahan dan kekurangan tapi tiada pula memberi komen membina.

8. Blogger sebatang kara
Blogger itu malas nak mengunjungi serta memberi komen ke blog orang lain, blogwalking pun tak pernah jejak shoutmix, maka blogger ini dikategori sebagai sebatang kara. Tulis entri sendiri, baca pun sendiri je.

9. Blogger kipas susah mati
Blogger macam ini pun banyak. Terutama blog politik. Selalu buat entri berat sebelah tanpa kajian. Kalau dia ini pro kepada parti politik "X" maka dimuliakan lah semulia-mulianya parti itu. Jika dia anti kepada parti "Y" maka dimaki hamun lah parti itu semahu-mahunya. Macam tuhan dengan setan lah x dan y itu.

10. Blogger tak sedar diri
Ada juga ke?

Entri ini sekadar perkongsian sahaja. Jika ada yang terguris hati dan perasaan, sepuluh jari ini saya susun memohon maaf. Sekian dan happy blogging kepada semua.

Tiada ulasan: