Panduan Asas Memilih Nama Domain dan Kepentingannya | Boros Di Aralom

Ahad, 24 Februari 2013

Panduan Asas Memilih Nama Domain dan Kepentingannya

Panduan pilih nama domain
Secara umumnya, tidak ada peraturan khusus atau peraturan wajib dalam pemilihan nama domain. Nama domain menjurus kepada nama dalam link url blog anda. Contohnya, nama blog saya ini ialah Edisi Blogger dan nama domain saya ini ialah www.edisiblogger.com. Sejauh manakah kepentingan nama domain ini?

Saya pasti anda sudah banyak melayari website-website atau blog-blog yang ada di alam maya ini. Ianya datang dari pelbagai tajuk dan pelbagai kategori. Salah satu peraturan konvensional dalam memilih nama domain ialah dengan menggunakan ‘keyword’ di dalam domain. Contohnya jika anda menulis tentang kesihatan, pilihan domain perlulah mengandungi frasa-frasa seperti, diet, senaman, sihat, dan langsing.

Tapi harus diingat juga bahawa sebuah nama domain yang bagus biasanya mengandungi gabungan dua atau tiga keyword yang berkaitan. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ‘alat’ untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan blog/website anda, pergi saja ke Instant Domain Search untuk menentukan sama ada nama domain anda itu masih available atau tidak.

Kenapa pemilihan nama domain yang bersesuaian itu penting? Bukan sahaja membantu enjin carian untuk menjejaki blog anda malah nama domain ini juga penting untuk pembaca mengenali blog anda terutama kepada pelawat baru. Konteks ini sebenarnya sangat mudah untuk difahami. Katakan anda sedang berjalan di sebuah pasaraya besar seperti KLCC. Di dalam KLCC ini banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Setiap kedai itu juga memiliki nama kedainya tersendiri.  Dari nama kedai itu, anda sudah mempunyai gambaran awal akan apa barangan yang dijual di dalam kedai itu. Contohnya, kedai KARYA BOOKSTORE. Melihat saja nama ini pasti akan terlintas di fikiran kita bahawa kedai ini menjual buku. Hal ini juga sama dengan konteks pemilihan nama domain.

Satu lagi persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran kita, macam mana pula dengan nama domain yang menggunakan nama sendiri atau nama glamer? Salah ke? Jawapannya memang TIDAK SALAH. Pilih lah apa saja nama domain yang anda suka.  Apa yang penting ialah niche dan strategi bagaimana anda mahu mengembangkan blog anda itu kelak. Ambil saja contoh blog popular dan berjaya yang menggunakan nama sendiri seperti Ben Ashaari, Hongkiat, John Chow dan banyak lagi. Mereka guna nama peribadi tapi bagaimana blog mereka ini menjadi sangat popular dan berpendapatan tinggi? Jangan terkejut bila saya katakan bahawa John Chow mampu memperoleh pendapatan sekitar RM120,000 sebulan selepas dua tahun berblogging. Apa rahsia beliau ya? Bila tengok nama domain, biasa-biasa saja. Perkara ini akan cuba saya kongsikan pada entri-entri akan datang.

Kesimpulannya, pemilihan nama domain ini memainkan perkara asas yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin memulakan sesebuah blog atau website. Nama domain akan menjadi ‘first impression’ kepada pengunjung yang datang ke blog kita.  Tapi akhirnya semua ini bergantung juga kepada bagaimana anda menyusun strategi dalam mengembangkan blog supaya menjadi blog yang mampu menjana pendapatan lumayan suatu hari kelak.

Tiada ulasan: