Sistem barter sekarang |
Tahu apa itu sistem barter? zaman sekolah dulu cikgu sering guna istilah ini dalam mata pelajaran sejarah. Biasanya sistem ini diamalkan pada zaman sebelum terciptanya mata wang di mana para peniaga menukar barangan yang ada dengan barangan lain yang ditawarkan oleh peniaga lain tanpa melibatkan wang.
Zaman sekarang memang jarang sekali kita lihat sistem ini diamalkan. Tetapi sebenarkan sistem barter ini masih relevan untuk diamalkan dan ianya mampu menjadi salah satu sistem yang boleh menguntungkan dan mengurangkan perbelanjaan harian kita. Tahukan anda bahawa menurut International Reciprocal Trade Association (IRTA), dianggarkan lebih $12 billion transaksi tanpa melibatkan wang pada tahun 2010. Berikut antara kegunaan sistem barter pada zaman sekarang.
1. Tukar peluh anda dengan potongan sewa rumah
Jika anda seorang yang mahir dalam pertukangan, kenapa tidak tawarkan kepakaran anda itu untuk membaik pulih atau menyelenggara rumah sewa milik tuan tanah di tempat anda menyewa sekarang. Mungkin tuan tanah akan bersetuju untuk memotong bayaran sewa rumah anda. Atau juga mungkin anda boleh tawarkan perkhidmatan memotong rumput di sekitar perumahan.
2. Tukar buah-buahan denga sayuran
Jika anda memiliki pokok buah-buahan sendiri dan tidak punya masa untuk menjualnya di pasar, cubalah tukarkannya dengan sayuran di pasar. Mungkin nilai tukaran tidak lah semahal dengan nilai buah itu jika dijual tetapi sekurang-kurangnya anda dapat menukarkannya dengan sayuran yang masih segar untuk dijadikan lauk makan malam anda. Daripada rosak dimakan haiwan, lebih baik pergi tukarkan buah-buahan itu dengan sayuran.
3. Tukar perkhidmatan dengan perkhidmatan
Jika anda adalah seorang yang mahir dalam ilmu perkomputeran, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan anda untuk mendapatkan perkhidmatan lain yang anda perlukan. Contohnya, anda akan membina laman web percuma kepada individu yang sudi memberikan perkhidmatan tuisyen muzik percuma kepada anda atau anak anda.
4. Tukar buku dengan permainan video
Jika anda mempunyai banyak koleksi buku lama yang tidak diperlukan lagi, carilah kawan yang boleh menukarkannya dengan permainan video baru yang menyeronokkan anda. Atau tukar lah buku lama tersebut dengan buku baru.
5. Tukar pemain video klasik dengan iPhone
Para penggemar barangan klasik memang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan barangan klasik yang mereka idamkan. Malah mereka juga sanggup menukar barangan klasik dengan barangan hi-tech seperti iPhone. Jadi, jika anda memiliki barangan antik yang tidak diperlukan lagi dan sedang merancang untuk membeli iPhone, carilah penggemar barang antik. Atau anda boleh iklankan barangan anda di mana-mana yang perlu. Siap letak header "Saya nak Tukar barang antik dengan iPhone" gitu.
Kesimpulannya, sistem barter sebenarnya masih relevan diamalkan walaupun dunia makin canggih. Cuma, cara perlaksanaannya saja yang sedikit berbeza berbanding zaman batu dahulu. Tapi walaupun dunia makin moden, sitem barter yang lama itu masih banyak digunakkan terutamanya di negara mundur yang mempunyai nilai mata wang yang lemah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan