Ilmu Blogspot Blogger Malaysia | Boros Di Aralom

Jumaat, 17 Januari 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

As Salam kepada semua pembaca. Hari ini saya tergerak pula nak menyahut seruan sorang blogger yang memang tak pernah lokek dengan ilmu blogging iaitu mister Hasrul Hassan, untuk menyertai kontest yang dianjurkan. Kontest itu ada kaitan dengan tajuk entri ini iaitu Ilmu Blogspot Blogger Malaysia. Jadi dalam entri ini, saya akan berkongsi 3 ilmu blogging yang saya sendiri praktikkan dalam blog Edisi Blogger. Saya harap info ini bermanfaat untuk semua.



Cara Buat Blog dan Jenis-jenis Blog
Buat blog memang mudah, tapi untuk membuat blog berimpak tinggi memang memerlukan teknik dan ilmu. Ilmu tak perlu sedalam Einstein, setakat tahu dan buat, dah cukup. Dalam blog ini saya ada berkongsi cara buat blog dengan mudah serta jenis-jeni blog yang ada di alam maya ini. Anda boleh baca entri bertajuk Panduan Asas dan Cara Buat Blog. Panduan ini memang dikhaskan untuk newbies saja. Selain tu saya juga pernah buat entri bertajuk 10 Perkara yang Perlu Dibuat Pada Hari Pertama Berblogging yang sesuai dijadikan bacaan oleh semua lapisan blogger tak kira newbies atau otais. Selain cara buat blog, kalau anda nak tau jenis-jenis blog di alam maya ini, boleh baca entri bertajuk 10 Jenis Blog Pilihan. Antara jenis blog ialah blog peribadi, blog pendidikan, blog perniagaan, blog politik, dan sebagainya. Rasanya blog anda di kategori mana? blog saya ini mungkin di kategori 'rojak'..

Cara Buat Duit dengan Blog
Salah satu perkara yang menyeronokkan mengenai blogging ialah kita boleh buat duit tak kira secara aktif atau pasif. Sekarang ni ramai blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka. Terdapat beberapa cara untuk kita buat duit dengan blog ini seperti melalui pengiklanan, program affiliate, dan program pay per clik. Anda boleh membaca entri bertajuk Buat Duit Dengan Blog sekiranya anda nak tahu lebih lanjut. Dalam entri tu, saya ada kongsikan empat cara.

Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Mudah
Trafik adalah nadi kepada blog kita. Tiada trafik, tiadalah pembaca, tiadalah pembeli, tiadalah income. Sebab itu tak hairanlah ramai yang berlumba-lumba untuk meningkatkan trafik blog. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan trafik blog. Kaedah yang saya guna ialah dengan menghantar entri ke laman web ping seperti PingJe, OhBelog, GuaBlog, PingBlog, dan sebagainya. Selain itu, saya juga menghantar link entri ke Facebook dan Twitter dengan harapan entri tu akan menjadi viral. Laman sosial merupakan medium paling berkesan sekiranya anda mahu menyebarkan entri dengan pantas. Hal ini samalah seperti Kangkung yang menjadi begitu trending beberapa hari lepas. Dan jangan lupa juga kepentingan SEO dalam penulisan. SEO juga penting untuk menarik trafik berkualiti terutama dari enjin carian. Nak tingkatkan trafik blog dengan mudah? mungkin entri bertajuk Cara Tingkatkan Trafik Blog dan entri 6 Laman Ping Terbaik ini boleh membantu anda. Tapi kena beringat, jangan terlalu mengejar trafik sehingga terpaksa melanggar etika penulisan dengan menyiarkan entri yang kurang sopan, entri berunsur fitnah, dan entri yang kurang kualiti. Tak pasal-pasal nanti kena saman pulak, keluar paper satu Malaysia. 

Pergh! memang panjang lebar entri saya kali ini. Tapi tak per, ini untuk perkongsian ilmu sesama blogger. Saya harap anda mendapat sesuatu yang berguna dari entri ini. Sekian..


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Tiada ulasan: