Pernah tak anda memerhati perkembangan seorang bayi? Jika anda adalah ibu bapa, saya pasti anda memerhati perkembangan anak anda dari kecil.
Apakah yang anak anda lakukan pada bulan pertama kelahirannya? Tak banyak...hanya tidur dan menangis bila lapar dan nak menyusu. Bulan kedua, ketiga, keempat, mungkin si anak kecil dah mula belajar untuk meniarap. Seterusnya belajar untuk merangkak dan kemudiannya belajar untuk berjalan. Dan sebagai ibu bapa, kita pastinya sudah mempunyai satu matlamat masa depan untuk anak-anak kita.
Blogging juga sama. Banyak blogger yang mempunyai matlamat blogging. Pasti ramai yang mahukan folower blog yang beribu riban, mahukan trafik mencanak-canak tiap hari, mahukan pendapatan blog puluhan ribu sebulan, dan sebagainya. Tapi semua itu hanyalah angan-angan kosong jika anda tidak merancang dari awal.
Di sini saya nak berkongsi 7 contoh matlamat permulaan blogging untuk blogger baru. Ianya sangat sesuai untuk anda bermula langkah demi langkah dari awal untuk berkembang dalam dunia blogging ini.
1. Buat dan terbitkan 10 entri.
Gol yang saya rasa mudah untuk anda laksanakan pada minggu pertama berblogging.
2. Dapatkan komen pertama dari pembaca anda yang anda tidak kenal
Komen datang apabila seseorang membaca entri kita. Sebagai penulis, apabila seseorang yang kita tidak kenal memberi komen kepada apa yang kita tulis, pastinya ia akan memberi kepuasan.
3. Dapatkan link pertama anda dalam blog orang lain
Maksudnya, ada blogger lain yang link dengan anda. Tak susah sebenarnya, mungkin anda boleh bertukar-tukar link dengan blogger lain. Minta dengan mereka agar memasukkan link blog anda dalam bloglist atau bloglink mereka.
4. Bina readership blog anda kepada 20 pembaca sehari.
Harir ini ada 20 pengunjung yang membaca blog anda. Besok usahakan lagi untuk mendapat 20 pembaca. Pembaca tak semestinya mereka yang menjadi folower blog. Anda boleh rujuk statistik trafik blog di dashboard blogger (bagi yang menggunakan platform blogspot) untuk melihat berapa banyak pengunjung yang dah jenguk blog kita.
5. Entri dikongsi kat Facebook atau Twitter sekali sehari
Sekurang-kurangnya ada pengunjung blog yang mengongsikan entri anda ke Facebook atau Twitter sekali sehari.
6. Memastikan earning blog adalah sekitar RM5.00 seminggu (hanya jika buat duit dari blog adalah matlamat anda)
Jika anda mahu gunakan blog sebagai platform buat duit online, maka matlamat jangka pendek ini sangat sesuai untuk permulaan. Kalau nak jadi Affiliate, boleh join JomNiaga. Anda juga boleh jana pendapatan dengan iklan Pay Per Click melalui 8Share dan Churp-churp. Selain itu anda juga boleh letak iklan Nuffnang, Adsense atau PopAds.
7. Buat Facabook fanpage
Kini media sosial sangat penting untuk membina readership blog anda. Jadi anda perlu ada fanpage sendiri dan letak widget facebook fanpage kat sidebar blog anda.
Apabila anda berjaya buat semua matlamat jangka pendek blogging itu, cuba untuk tingkatkannya. Percayalah bahawa salah satu perkara yang membuat blogging itu menyeronokkan ialah apabila kita set satu target dan berusaha mencapainya. Bila kita mencapai target tersebut, ia memang akan memberi kepuasan. Walaupun ianya adalah target yang simple saja.
Sekian untuk perkongsian.
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...