Terdapat banyak jenis idea blogging yang kita boleh pilih. Contohnya berblog mengenai profesyen, tentang sebuah novel, tentang sebuah permainan video, atau tentang sebuah produk, dan sebagainya. Tapi bila dah banyak idea blogging yang kita dapat, ia akan buat otak jadi kusut. Blog yang dibuat pun jadi rojak macam blog saya ni lah..tapi saya tak kisah pun. Rojak pun sedap dimakan juga..hehe..
Tapi ini ada satu blog unik yang saya nak kongsi. Mana lah tau blog ini boleh memberi anda ilham berblogging nanti. Blog ini memang simple tapi bermakna. Korang tau tak, pertama kali saya datang ke blog dia, saya terus tertarik. Bukan sebab bloggernya hensem, in fact, bloggernya dah berusia sikit..huhu..tapi kerana idea bloggingnya yang unik dan bersahaja.
Blog yang saya maksudkan ialah Blog Begins At Forty. Setiap hari blogger ini akan ambik gambar muka seriusnya yang berlatarkan sesuatu tempat atau benda. Kemudiab dia cerita dengan ringkas jer. Perkara sama ni dia buat tiap-tiap hari sejak 2009. Wow..dah hampir lima tahun..jadi, kalau nak tengok perubahan kulit muka tu memang nampak lah perubahannya walaupun belum berapa ketara...hohoho
Blogger dengan nama timangan uncle gedek ini suka pakai hitam. Kalau tengok gambar dia, memang serius walaupun dia cerita benda yang melucukan. Mungkin itu memang dah tema entri dia. Jadi, korang rasakan lah sendiri keunikan blog uncle gedek ni dan lihat idea bloggingnya macam mana. Follower dia pun dah ramai tu..
Menangkap gambar potret muka sendiri setiap hari dan menterjemahkannya sebagai satu entri blog memang satu idea yang simple tapi cukup bermakna. Saya adalah silent reader blog dia, saya harap dia akan terus buat entri macam tu. Mudah-mudahan...
Sekian dan happy blogging semua..