Adakah anda pernah terfikir kenapa blog anda susah sangat nak tarik trafik dari enjin carian? walaupun artikel dalam blog anda itu sangat baik tapi lambat untuk diindeks dalam enjin carian?
Jika anda menggunakan blog sebagai medium pemasaran produk affiliate, trafik dari enjin carian adalah sangat mustahak. Anda tak perlu pun dapat trafik tinggi dari enjin carian untuk menghasilkan jualan.
Tapi untuk mendapat trafik dari enjin carian, blog anda perlu bersaing dengan berjuta laman web lain yang menawarkan informasi yang sama dengan anda. Mungkin anda pernah bertanya, kenapa blog satu ni lebih tinggi kedudukan dalam enjin carian berbanding blog anda yang lebih berkualiti dari segi content? Padahal anda dah bertungkus lumus supaya entri anda mesra SEO..
Jawapannya adalah kerana blog satu itu sudah diindeks dengan cepat oleh enjin-enjin carian. Ya, blog anda juga akan diindeks atau dalam kata lain, 'dibaca' oleh enjin carian tetapi ia memakan masa. Mungkin dua hari..mungkin tiga hari...
Penyelesaian kepada masalah ini mudah saja iaitu dengan menggunakan khidmat pingler. Bila anda ping entri terbaru anda itu, enjin carian akan mengindeks blog anda dengan lebih cepat. Bila blog cepat diindeks maka kedudukan entri anda itu dalam enjin carian juga tinggi. Ping ini berfungsi untuk memberitahu enjin carian bahawa terdapat entri terbaru dalam blog anda.
Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ping blog ini. Antaranya ialah Auto-ping.com dan totalping.com yang anda boleh guna secara percuma. Namun khidmat ping percuma ini memerlukan anda menghantar url berulang kali setiap kali anda mengupdate blog. Bagi saya, cara ini memang payah terutamanya kalau masa tu kurang mengizinkan.
Jadi cara saya ialah dengan menggunakan laman ping berbayar seperti pingler.com yang akan melakukan ping secara automatik sebaik saja saya mengupdate blog. Pingler.com ini juga boleh digunakan secara percuma dan ia merupakan perkhidmatan ping terbaik setakat ini.