5 Tips biasa untuk mengekalkan berat badan ideal selepas berdiet | Boros Di Aralom

Sabtu, 2 November 2013

5 Tips biasa untuk mengekalkan berat badan ideal selepas berdiet

Biasanya kebanyakkan orang yang melakukan program diet atau dengan kata lain 'on diet' dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dengan tujuan untuk menurunkan berat badan, selalunya akan kembali semula ke berat asal malah lebih berat selepas beberapa bulan mereka mengakhiri program diet. Banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini.

Jadi dalam entri ini, saya nak berkongsi 5 tips hebat yang nampak biasa-biasa saja tapi berkesan untuk membantu anda mengekalkan berat badan ideal sepanjang hidup anda walaupun program diet anda itu sudah berakhir.

1. Enjoy senaman anda
Apa pun perara yang kita buat, kita kena enjoy lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan kesihatan kita. Lakukan senaman yang anda biasa dan suka lakukan. Fikirkan untuk 'berjogging 2 pusingan di stadium hari ini' rather than fikir 'berjogging 20minit'.

2. Kira kalori pemakanan anda dengan cara yang betul
Cara yang betul bukan bermaksud anda menimbang semua makanan yang anda makan. Jika anda buat begitu, memang akan buat otak kita bercelaru. Bagi wanita, anda boleh mengukur saiz hidangan dengan menggunakan tapak tangan anda. Contohnya, saiz daging yang anda makan adalah sama atau kurang dari saiza telapak tangan anda. Bagi lelaki pula saiz hidangan boleh diukur dengan melihat kepada saiz kredit kad. 

3. Makan lebih banya fiber
Makanan seperti sayuran dan bijirin sangat baik untuk maintain berat badan ita. 


4. Kurangkan saiz pinggan
Saiz pinggan sangat mempengaruhi tabiat pemakanan anda lebih-lebih lagi bila anda ini jenis yang makan sampai 'clean the plate'. Jadi semakin kecil saiz pinggan anda, semakin kurang kalori yang dimakan. Tambahan pula, otak kita secata automatik akan mengatakan bahawa kita dah kenyang bila melihat pinggan yang kosong habis dimakan.

5. Elakkan dari selalu menimbang berat badan
Menimbang berat badan dengan kerap adalah memotivasikan bagi sesetengah orang tapi tidak bagi orang lain. Ada yang suka menimbang berat setiap hari. Harus diingat bahawa berat kita berubah-ubah setiap hari di antara 1-2kg. Salah satu cara mengetahui bahawa berat anda sudah turun tanpa menimbang berat ialah dengan mencuba pakaian anda. Jika anda rasa pakaian anda itu longgar, maknanya anda sudah turun berat. Tetapi jika pakaian anda itu ketat, maka berat anda sudah naik. Cuba pakai pakaian semasa anda di kolej dulu.

Jika anda ingin  tahu rahsia diet seimbang yang terbukti boleh membantu mengurskan badan, boleh dapatan ebook Rahsia Diet Seimbang ini. Kalau anda nak turunkan berat badan dengan ekstrem macam Aizat pun boleh juga. Dapatkan ebook Formula Diet Ekstrem ini. Dalam 25 hari pasti anda boleh turunkan berat badan yang banyak.



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...