Menjijikkan! Penempatan ini tak ubah sepeti pusat pembuangan sampah | Boros Di Aralom

Selasa, 11 Februari 2014

Menjijikkan! Penempatan ini tak ubah sepeti pusat pembuangan sampah

Apabila kita melihat sampah sarap dibuang samapi bertimbun di merata-rata tempat, pastinya kita akan merasa jijik. Kalau ada restoran yang berdekatan, memang ramai yang akan lari dari restoran tersebut. Kalau ada rumah berdekatan, pastinya ramai yang tidak mahu tinggal di rumah tersebut. Namun ada satu tempat di Indonesia yang mempunyai tahap pencemaran melampau. Namanya ialah Sungai Citarum. Tengok dari gambar saja pun dah rasa loya...apa lagi nak tinggal kat kawasan sana.

Pencemaran ini berpunca dari aktiviti penduduk serta pengeluaran toksik dari kilang berdekatan yang tidak terkawal. Beginilah keadaan pencemaran sungai yang berlaku bila kawasan itu berpenduduk padat sehingga 5 juta orang dan tiada sistem pengawalan yang strategik.

Walaupun tercemar teruk, sungai ini masih lagi menjadi sumber air utama kepada penduduk sekitar. Bukan setakat menjadi sumber air untuk memasak, mencuci baju, dan sebagainya malah ia juga menjadi tempat biasa untuk kanak-kanak bermain.

Selain itu, sungai ini juga menjadi sumber pengairan kepada kawasan sawah padi berhampiran.
Sungai ini dicemari oleh sisa toksik seperti mercury, arsenik dan pelbagai lagi toksik berbahaya yang dikeluarkan oleh lebih 2000 kilang berhampiran.

Maka tidak hairanlah kenapa sungai ini dikenali sebagai sungai paling tercemar di dunia. Selain Indonesia, India dan China juga menjadi antara negara yang mempunyai sungai paling tercemar di dunia. Faktor utamanya ialah bilangan penduduk yang sangat padat terutama di kawasan bandar.

Sumber: Viralnova

Cintailah sungai kita selagi berkesempatan...



Tiada ulasan: