14 Tahun Hidup Dengan Menggunakan Identiti Palsu | Boros Di Aralom

Jumaat, 28 Januari 2011

14 Tahun Hidup Dengan Menggunakan Identiti Palsu

Inilah wajah lelaki yang mencuri identiti seorang kanak-kanak lelaki yang diculik dan dibunuh ketika budak itu berumur 3 tahun. Lelaki dari Bulgaria ini berjaya menggunakan identiti budak tersebut selama 14 tahun sebagai rakyat Amerika semenjak tahun 1996. Jason Evers atau nama sebenarnya Doitchin Krastev, telah menerima perlindungan sosial, pasport U.S malah sempat membeli harta di Oregen dan Idaho, US, dengan menggunakan identiti palsu tersebut. Krastev telah mengaku bersalah kerana mencuri identiti dan dikenakan hukuman penjara 2 tahun.
Doitchin Krastev
Doitchin Krastev a.k.a Jason Evans

sumber: Yahoo News 

Refleksi:
Hmm...kat Sabah ni jangan hairanlah kalau jumpa IC yang mempunyai nama dan alamat yang sama. Memang banyak IC palsu telah dihasilkan oleh mereka-mereka yang memang tidak bertanggungjawab. Hanya mementingkan duit. Masa depan yang tergadai. Macam mana nak maju kalau orang tempatan sendiri yang buat hal. Adei!!

2 ulasan:

Mouren berkata...

Betul ko cakap tu Sis. Jual IC urang untuk jadi kaya cepat...tp dia lupa dia sedang 'membunuh' urang lain baitu!...

Mouren berkata...

Betul ko cakap tu Sis. Jual IC urang untuk jadi kaya cepat...tp dia lupa dia sedang 'membunuh' urang lain baitu!...