Pelakon dan bintang kungfu antarabangsa Jet Li kini sah sebagai rakyat Singapura. Menurut sumber, Jet Li inginkan supaya anak-anaknya mendapat pendidikan bilingual terbaik di negara tersebut.
Sebelum ini, Jet Li telah menetap selama lebih 20 tahun di Amerika dan kini dia membuat keputusan untuk bermigrasi pula ke Singapura dan mungkin akan menetap di sana. Desas desus ada mengatakan bahawa Jet Li telah membeli sebuah rumah bernilai $14juta pada June 2009 di negara tersebut.
Beliau yang terkenal dalam filem-filem Blokbuster Hollywood seperti "The Mummy" dan "The Expendables" telah mengikuti langkah seorang lagi bintang ternama dari China, Gong Li, yang juga telah menjadi warga negara republik Singapura pada tahun 2008.
Refleksi:
Orang kaya katakan. Apa sahaja dia mau, senang nak dapat kalau banyak duit. Apalagi kalau sekadar nak jadi warganegara Singapura yang sememangnya besar hati nak beri kewarganegaraan terutama kepada mereka yang kaya raya..huhu..Semoga kehidupan Jet Li dan keluarga akan sentiasa bahagia bila tinggal kat Singapura ya. Harap-harap One Foundation yang diasaskannya akan terus berkembang dan terus membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan kebajikan.
2 ulasan:
aduiii..kayanya sampai beli rumah pun $14juta..ehehe
Entri Terkini : Siti Nurhaliza dicadang jadi duta
Watchaaa...fong Sai yuk !
Catat Ulasan