Bagaimanakah anda bertindakbalas apabila sesuatu yg dirancangkan itu gagal? Tumbuk kepala orang ke? hentak kepala ke? sumbat kepala ke dalam bantal ke? resah atau tekanan sememangnya akan membuat kita kurang selesa dan merasakan dunia ini kejam..hmm..betul ke? Secara amnya, personaliti seseorang itu lah yang akan menentukan bagaimana kita berurusan dengan stress dalam kehidupan. Di sini, terdapat beberapa cara yang boleh kita praktikkan dalam usaha mengawal stress:
1. Tidur Secukupnya. Secara purata, kita biasanya menggunakan sekitar 6 jam waktu tidur dalam sehari. Tetapi pakar mengatakan bahawa kita memerlukan sekurang-kurangkan 8 jam. Bukan sahaja untuk merehatkan badan kita tetapi untuk 'rejuvenate' minda kita juga. Elakkan dariapada menggunakan bilik tidur sebagai tempat untuk menyiapkan tugas pejabat atau menonton televisyen. Jadikan lah bilik tidur sebagai syurga untuk anda melepasakan penat dan lelah selepas seharian bekerja.
2. Kuatkan Kepercayaan. Berdoalah mengikut kepercayaan anda apabila berada dalam tekanan masalah. Dengan ini anda akan mendapat ketenangan apa lagi jika masalah tersebut merupakan sesuatau yang berada di luar kawalan anda. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kepercayaan tinggi dalam agamanya mempunyai tekanan darah yang rendah. Jadilah seorang yang pemaaf kerana dendam dalam hati boleh memberi kesan kepada kesihatan. Percayalah.
3. Tutup Hp anda. Kemudahan dan kelebihan telefon bimbit dalam kehidupan kita sebenarnya merupakan satu 'pedang dua mata'. Kita terlalu bergantung kepadanya sehingga tidak boleh hidup tanpa benda ini. Ia telah menambahkan 'accessibility' kita. Bukan sahaja orang tersayang yang boleh menghubungi kita malah orang dari tempat kerja juga. Contoh nya bos anda. Bila fikir tentang bos, kebanyakan kita akan merasa tertekan. Oleh itu, hadkan waktu bila anda boleh dan tidak boleh dihubungi. 'Your time is yours'.
4. Pergilah Bercuti. Ia tak semestinya sebuah percutian mewah. Cukuplah sekadar sehari di tepi pantai, atau sepetang di taman yang indah. Pergi lah ke tempat-tempat di mana anda boleh menenangkan fikiran jauh daripada kesibukan tugas, bil, atau apa-apa sahaja yang membuat anda tension. Penting untuk mengambil masa anda sendiri. Anda akan merasakan sesuatu yang lebih baik dalam diri dengan kesegaran yang baru.
5. Perlakukan Diri Anda. Daftarkan diri ke kelas yoga di pusat-pusat gimnasium yang terdekat. Anda akan lebih relaks selepas satu sesi. Rawatan spa juga salah satu cara terbaik untuk 'recharge' tenaga dan fikiran kita. Cubalah.
Stress adalah sesuatu yang sukar dihindari. Tetapi apa yang kita lakukan mengenainya adalah terpulang kepada diri kita sendiri. Buatlah eksperimen dengan melakukan perkara-perkara yang dicadangkan di atas dan anda lihatlah sendiri mana yang paling berkesan untuk anda. Atau adakah anda mempunyai cara tersendiri untuk mengawal tekanan??
6 ulasan:
i will try.. tq.. :-)
ko stress kaini? hehehee.. thanks for tips!
info yg bagus...tQ nancy hehe
tp kalau aku kan utk lepaskan stress aku menangis ja..hehe
lepas tu dah lega la..sbb klu simpan lama2 pun nda baguskan..:D
diariejal* hope it will work for you..
Just* adoii..slalu ni stress..slalu sy guna tu cara no.2 sama no.4 ja..heee
Saya kalau stress saya lebih suka tidur...
Handset saya tak boleh tutup, kalau tutup boleh menyebabkan saya miss soru..uwaa...
Cara saya cari makan ialah selalu menggunakan handphone dan internet.
Kadang kadang saya pergi bercuti jugakk..memang bagus cara tu..
Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan
selain tips (cara) di atas, biasanya saya mendengarkan musik (soft music).
Dua REMAJA 14 tahun menjadi pengusaha MEDIA TERMUDA di Dunia
Catat Ulasan