Pembunuhan tersebut berlaku pada 9 Januari 2010 lalu di mana Evans talah menghubungi Whitfield (isterinya dan ibu kepada mangsa) yang ketika itu sedang bekerja di hospital. Mereka telah bertengkar dan Evan memberitahu isterinya bahawa dia akan membunuh anak perempuan mereka serta penjaganya.
Whitfield yang kerisauan terus menghubungi balai polis yang seterusnya bergegas ke tempat kejadian. Ketika mereka menghampiri rumah Evans, tertuduh muncul di depan rumah untuk menyerah diri dan berkata bahawa dia telah membunuh semua orang di dalam rumah itu. Polis menemui mayat mangsa yang terbaring di atas katil dengan beberapa kesan tembakan di dada. Mayat penjaganya pula ditemui di dalam bilik tidur berasingan dengan kesan tembakan di dahi. Polis turut menemui pistol yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan.
Sumber: FOX News
Refleksi:
Bila manusia gagal mengawal diri, ini lah yang akan terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan