Ni bukan kisah dongeng atau rekaan semata-mata je..tapi kisah benar. Siapa si Esther yang dimaksudkan ni? ala..bukannya org top melotop pun..hanya seorang paramedik gila shoping. Macam ni kisahnya; di sebuah bandar yang bernama Cardiff dan terletak di England, tinggal seorang wanita bernama Esther yang berumur 37 tahun. Dia bekerja sebagai seorang paramedik. Dia ni memang suka shoping. Tiada siapa2 pun boleh halang setiap keinginan dia. Pada suatu hari, semasa dalam tugas, dia menerima panggilan 999 dr pejabat hospital tempat dia bekerja untuk mengambil seorang pesakit yang sedang tenat agaknya. Namun, oleh kerana sikapnya yang suka bershoping, dia langsung tidak mengendahkah panggilan itu malah menyimpang ke sebuah pusat membeli belah. Dia memasuki pusat itu sambil ditunggu oleh pemandu ambulan di kawasan letak kereta. Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang ahli paramedik, dia sememangnya tidak boleh menyembunyikan identitinya. Tanpa disedari, kelibatnya yang sedang 'curi tulang' di pusat membeli belah itu telah dirakamkan oleh seseorang. Dia kemudiannya dihadapkan ke unit tatatertib untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya. Sekarang ini, Esther telah digantung tugas sehingga ke suatu tempoh masa yang belum ditetapkan lagi.
Esther Thomas, 37 |
The moral of the story is "jangan curi tulang".."jalankan lah tugas anda dengan penuh integriti"..sampai hati dia tak jawab panggilan kecemasan 999 tu ye..adoi..memang tak bertanggungjawab betul.
5 ulasan:
Nancy
ada jugak ye org camtu
ALL IN ONE
Ana Raffali mmg rock.. dan ayu
berenti je la jadi paramedik..menyusahkan org je kan?hehe :)
kesian....hhaha.tue la, pape pon jgn ketagih :P
hmmmm...ada juga orang begini. Betul-betul tiada perasaan...
tahap dewa btul shoping dia ni.. kalo yg call 999 tu parents ato sedara mara dia apa citer?
Catat Ulasan