Lagi Kemalangan Bas Ekspress | Boros Di Aralom

Jumaat, 14 Januari 2011

Lagi Kemalangan Bas Ekspress

Banyak sangat kemalangan yang masuk berita sejak akhir-akhir ni yer..belum lagi campur dengan yang tak masuk berita..Lagi ngeri kalau ianya melibatkan nyawa. Ni yang buat saya gentar skit nak naik bas besar-besar..baru dengar berita macam ni pun dah meremang bulu roma..

KINABATANGAN : Lima penumpang mengalami kecederaan ringan apabila sebuah bas ekspres terbabas dari jalan raya dekat KM100Jalan Sandakan-Lahad Datu pada Rabu.
Bas itu yang membawa 28 penumpang sedang dalam perjalanan ke Tawau dari Kota Kinabalu apabila kejadian itu berlaku akibat jalan licin kira-kira jam 1 petang.
Mangsa-mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh kenderaan yang melalui jalan itu ke hospital daerah dan mereka hanya diberikan rawatan sebagai pesakit luar. Penumpang yang lain tidak mengalami kecederaan.

Berita penuh di New Sabah Times

8 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Saya cadangkan membaca doa selamat oleh pemandu dan penumpang di wajibkan sebelum bas bertolak..

Cas bateri dengan berjalan kaki

Nancypoh berkata...

Mie* sy stuju sangat dengan yg itu...biasanya kita kalau nek bas berdoa tu sendiri-sendiri je kan..

Mouren berkata...

Adei, susah oh kan. Bas mini yang biasa-biasa tu pun ada yg mmg tidak bulih di harap juga; selain memutung jalan saja...laju lagi!

Banyak kali nyawa tu driver bus kena simpan di rumah? ;-p

Nancypoh berkata...

Wyne* itu la ba..tambang pun suka hati ja kasi naik..ish ish..

StellaClaire-Richard berkata...

bnyk betul kemalangan.. tidak bljr dr kesilapan

Nancypoh berkata...

stell* iya ba kan stell..di depan rumah kami dulu pun ada juga bas masuk longkang

Tanpa Nama berkata...

bagus idea tu... berdo'a beramai2 sebelum memulakan perjalanan. ikut agama masing2 :)

suria lekatlekit berkata...

dh jd mcm musim lak skrg ni bas ekspres accident