Banyak sangat benda nak belajar ni..cuba fikirkan tentang berapa banyak subjek berbeza yang perlu dipelajari dan dikaji melalui buku-buku di dalam perpustakaan contohnya. Anda boleh mula untuk membaca buku pada hari ini, besok, atau tahun-tahun seterusnya. Atau pertimbangkan berapa banyak yang boleh anda pelajari tentang sesuatu yang sangat mudah seperti mempelajari apa-apa tentang bunga. Banyak buku yang telah ditulis dan banyak laman web telah tercipta yang hanya berkisar tentang bunga.Terdapat sesuatu yang kompleks tentang bunga dan memerlukan masa yang lama untuk mempelajarinya. Lebih lama daripada apa yang kita fikirkan sebenarnya. Tak kira kita ini baru berusia belasan tahun atau pun sudah berusia 100 tahun, meneruskan pembelajaran adalah penting dalam kehidupan.
Meneruskan pembelajaran bukan hanya bermaksud bahawa kita memasuki kolej selepas tamat sekolah menengah atau mengambil ijazah lanjutan. Secara asasnya, melanjutkan pelajaran bermaksud meneruskan pendidikan. Ia berlaku apabila kita menjadi ragu-ragu atau ingin tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling kita, orang lain, dan dunia ini. Apabila kita mempunyai perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara, ia akan mendorong kita untuk mempelajari tentangnya. Kita akan menjadi 'lifelong learner' yang tidak pernah puas dengan jumlah ilmu pengetahuan yang kita ada sekarang dan sentiasa ingin tahu tentang sesuatu yang baru.
Bila berfikir tentang cara-cara untuk menjadikan perkara ini sebagai sesuatu yang konsisten dalam kehidupan, persoalan pertama yang biasanya timbul ialah apakah perkara yang kita ingin tahu itu? adakah perkara itu merupakan sesuatu yang kita selalu tertanya-tanya akannya? mungkin kita nak tahu sejarah bagaimana kereta tercipta atau hairan kenapa lampu itu boleh menyala. Benarkan diri kita untuk bertanya bagaimana segala sesuatu itu berlaku tetapi jangan biarkan diri daripada terus tertanya-tanya. Cari lah jawapan.
Apapun maksud 'meneruskan pelajaran' di dalam kehidupan kita, lakukanlah apa yang patut. Anda tidak akan rugi jika menjadikannya sebagai 'priority' untuk terus belajar. Bak kata orang putih "Just Do It"..Tetapi harus diingat, apabila ilmu di otak tu dah banyak, jangan pula disalahgunakan. Bila dah mahir tahap profesor dalam ilmu kimia tu, jangan pulak pergi buat bom nuklear. Yang buat bom nuklear ni bukan orang bodoh tau..saya sendiri pun tertanya juga kenapa orang cipta bom nuklear ni..sama-sama lah direnungkan..tepuk dada tanya selera..
1 ulasan:
Morning ...awal you hari nie...
Proses pembelajaran tidak mengenal usia dan tempat...
Cas bateri dengan berjalan kaki
Catat Ulasan