Sebentar tadi saya dan kakak pergi ke Servay Likas untuk membeli barangan keperluan kat asrama nanti. sesi yang ke Semester 6 dan yg terakhir untuk aku dah nak start. Sekarang baru proses gugur tambah..huh..masalah memang tak lari bila subjek elektif tak dapat didaftarkan..bila bercakap pasal NO PLASTIC BAG ni semua orang pun dah tahu kan yang kempen ni sedang dikuatkuasakan di seluruh negara malah di seluruh dunia. Yang membezakan hanyalah polisi kempen mengikut kerajaan masing-masing. Kat Pulau Pinang, kalau nak pergi membeli belah kena bawa la beg sendiri setiap hari sebab kat sana kempen ni EVERYDAY NO PLASTIC BAG..kecuali kat pasar basah je lah..huhu.. kat Sabah ni 3 hari je, Isnin, Selasa dan Sabtu dan berkuatkuasa di sekitar 143 pasaraya dan kedai-kedai tertentu. Tak pasti lah nama-nama kedai tu. huhu..menteri kata kempen ni start 1 January tahun ni, so..saya bersemangat lah nak bawa beg sendiri pergi ke supermaket..tadi pergi kat Servay Likas, beg dah ada tapi tak tau pulak kenapa dilupakan di dalam kereta..punya la kurang asam garam betul!!!..salah kan diri sendiri je la..maka terpaksa lah bayar 40sen tuk plastik besar..satu kat bahagian stationary dan satu lagi kat bahagian makanan..fuh, berat jugak..oppss!! terlupa pulak beli beberapa barang lagi...then balik pergi masuk kat supermaket tu..kali ni dah tak nak plastik dah..biar angkat jinjing dengan tangan je..buat pa nak malu kan, selain aku, banyak juga customer lain yg buat mcm tu..tabik la sama mereka sebab menyahut cabaran kempen ni. Walaupun pada awalnya mungkin sukar untuk rakyat turuti tapi lama kelamaan akan menjadi budaya juga..baik untuk environment kita..
masa kat kaunter pembayaran, siap berbual-bual dgn casher lagi, tanya pasal kempen NO PLASTIC BAG ni..saja nak cerita2..menurut casher tu, kempen tuk 3 hari tu masih belum dilaksanakan di supermaket mereka 'Servay' tu..ditanya bila start, dia pun tak pasti..huhu..lega juga sdikit..tapi mengelirukan..adakah kempen ni dijalankan secara tidak seragam?? huhu..tapi untuk persediaan awal maka sentiasalah bawa beg sendiri..
p/s: bagus masukkan duit 20sen tu kat ASB...tahun lalu dividen ASB turun kepada 60sen seunit je la..hmmmm..
4 ulasan:
saya sokong kempen NO PLASTIC BAG :))
yea..save our environment..
haha... survey likas ? selalu membelah dan membeli di sana dulu sebelum berpidah ke semenanjung... rindu nyaaa
tak bapa stuju kalau kempen No plastic bag ni pd hr minggu sbb time tu byk org amik kesempatan utk beli brg.. buat la hr biasa.. kekekekekeke. Tak nampak kempen lak kan kalau x dpt krgkan penggunaan plastic bag ni
Catat Ulasan