Nasib baik yuran pengajian tak naik | Boros Di Aralom

Ahad, 9 Januari 2011

Nasib baik yuran pengajian tak naik

Yuran oh yuran..bila sebut pasal yuran ni, kening pun bersambung bila nak memikirkan..yuran yang sy nak celoteh ni bukannya yuran tuk masuk tahun satu atau tingkatan satu tapi yuran tuk pengajian di IPTA kat Malaysia ni..biasalah, makin meningkat status kita sebagai pelajar, makin meningkat la yuran pengajiannya..ni belum lagi ditambah dengan jenis pengajian kita tu..hmmm..semester baru ni kena bayar yuran lagi..gembiranya hati ni sebab ini adalah yuran terakhirku (harap-haraplah tak kena extend la) di sepanjang pengajian kat U ni..huhu..nasib baik tak semahal sem-sem yang sebelumnya..walaupun pinjaman YS sy belum masuk tapi dengan adanya hasil daripada pendapatan menjadi 'taukey' getah masa cuti sem dulu maka boleh lah menampung yuran tu..heee..nasib bek harga getah sekarang mahal..peewitt!!
Satu lagi, kita ni yg hidup dan belajar kat Malaysia kena bersyukur sebab yuran pengajian tak naik macam kat U**** dan negara2 Eropah yg len sampai naik 3x ganda mahalnya...fuh!! betapa murah hatinya kerajaan Malaysia ni tau..tapi boleh tak kurangkan lagi yuran tu?...ceh, merapu je aku ni..diberi peha, nak betis lagi..hehe..so, minggu depan ni plan nak p bayar yuran tu..tak mahu ada hutang2 lagi..nanti tak boleh graduat pulak kalau main tangguh2..minggu depan juga, akan mula lah bertimbun  asingmen baru..adedei..peace!!

5 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Nasib baik you Taukeh Getha...Hehehehhe


Jepun Vs Melayu

Relevan berkata...

Menyokong MieCyber !

Unknown berkata...

Good luck with your study and memang harga getah sekarang ni naik..hehehe

Nancypoh berkata...

Miecyber&releven**jadi taukeh dan pekerja dalam masa yg sama..huhu..getah oh getah..

Alv0808* thanks ya..harap2 harga getah makin naik mencanak...rezeki utk pekebun2 kecil dan utk negara..heeee

Sophie Al-Yahya berkata...

bersyukur UiTM punya yuran murah. RM490 satu sem.