Teresa Scanlan Pemenang Ratu Amerika Paling Muda | Boros Di Aralom

Isnin, 17 Januari 2011

Teresa Scanlan Pemenang Ratu Amerika Paling Muda

TERESA Scanlan (kanan) terkejut sebaik diumum pemenang Ratu Amerika 2011.

Pemenang paling muda sejak sembilan dekad pertandingan dianjurkan 

LAS VEGAS: Teresa Scanlan, 17, dari Nebraska, dinobat sebagai Ratu Amerika semalam, sekali gus muncul pemenang paling muda dalam sejarah sembilan dekad pertandingan berkenaan.
Scanlan menarik perhatian juri dengan memakai gaun petang putih dan menunjukkan bakat dengan bermain piano lagu White Water Chopped Sticks dalam pertandingan bakat.
Ketika pusingan akhir, beliau ditanya mengenai maklumat rahsia kerajaan yang dibocorkan melalui laman web WikiLeaks dan sama ada keselamatan Amerika Syarikat atau hak penduduk untuk mengetahui maklumat sensitif adalah lebih penting. 

Scanlan melihat kebocoran itu sebagai satu risikan dan berkata: “Apabila ia membabitkan keselamatan negara, kita perlu fokus terhadap keselamatan dulu kemudian baru hak rakyat untuk mengetahui. Kita tidak boleh biarkan perkara seperti itu berlaku dan ia perlu dikendalikan dengan sebaiknya.” 

Tempat kedua adalah Ratu Arkansas, Alyse Eady. 

Antara peserta yang bertanding ialah Ratu Delaware, Kayla Martell, yang menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir. Martell mengalami sejenis penyakit, alopecia areata, yang menyebabkan beliau kehilangan semua rambutnya ketika berusia 10 tahun. Beliau menyertai pertandingan itu dengan mengenakan rambut palsu. 
Tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ratu Amerika Syarikat. 


Baca Lebih Lanjut di Berita Harian

Hebat! memang hebat si Teresa ni..umur baru 17 tahun dah menang Miss American..lepas ni target untuk jadi Miss World pula ya..memang tidak dapat dinafikan bahawa dia memang cantik. Bukan itu sahaja, dia juga berbakat bermain pinano dan bijak berkata-kata. Pakej lengkap untuk jadi Datin!! hehe..gurau je..teringat pula saya dengan pertandingan Unduk Ngadau yang wajib diadakan sempena perayaan Pesta Menuai atau Kaamatan kat Sabah ni. Pemenang tahun lalu memang unik namanya "Crystal Eve Huminodun" yang berasal dari Tanjung Aru..nama "Huminodun" tu yang unik dan penuh ironinya dengan pertandingan ni. Tahun ni terfikir juga nak ikut tapi pakej tak der..macam mana mau ikut kalau "buruyut" besar..adeh!! sob sob!