Lelaki berusia awal 20-an itu merayu supaya dibebaskan berikutan bimbang terpaksa meringkuk dalam lokap serta membayar denda tinggi di mahkamah.
Bagaimanapun, drama air mata lelaki terbabit gagal melembutkan hati sepasukan empat anggota KPDNKK Wilayah Persekutuan yang tetap memberkas suspek yang menjalankan kegiatan menjual DVD cetak rompak di Jalan Medan Idaman, di sini.
Dalam operasi kira-kira jam 3.45 petang itu, sepasukan anggota KPDKK diketuai Azizi Ali melakukan intipan di sebuah premis menjual DVD cetak rompak.
Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan, Othman Nawang berkata, premis itu pernah diserbu dua kali sebelum ini.
Menurutnya, hasil risikan dilakukan, pihaknya mendapati hanya seorang lelaki ditugaskan sebagai jurujual dalam premis itu.
“Dua anggota KPDNKK yang menyelinap ke bahagian belakang premis mendapati suspek keluar melalui pintu belakang sebelum menuju ke sebuah van berwarna putih yang diletak kira-kira 30 meter dari premis berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati van putih usang itu yang diletakkan di lorong sunyi dijadikan stor menyimpan ribuan keping DVD cetak rompak,” katanya.
Menurutnya, suspek yang dipercayai diupah sindiket dikesan berulang kali mengambil DVD dari dalam van itu selepas mendapat tempahan daripada pelanggan.
Othman berkata, hasil siasatan mendapati suspek menjual beratus judul filem Hollywood termasuk filem Melayu terbaru di pasaran antaranya Lagenda Budak Setan, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Ngangkung.
“Sebanyak 7,000 DVD cetak rompak dan van berkenaan yang semuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000 dirampas.
“Suspek lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 yang boleh membawa hukuman denda RM2,000 atau maksimum RM20,000 bagi setiap salinan DVD cetak rompak dijual,” katanya.
Sumber: myMetro
Refleksi:
Inilah salah satu taktik penjual DVD haram untuk mendapatkan belas kasihan. Adei..sia-sia saja buat begitu dek oii..kalau dah buat salah tu, terima saja lah. Ini bukan macam 'perahu terlanjak yang boleh diundurkan semula'..'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga'..lu pikir la sendiri..haih..dia ni terlalu banyak tengok drama Korea agaknya.
1 ulasan:
Tu la,sapa suruh,jual cetak rompak lagi..hihi
Catat Ulasan