Tertembak Rakan Sendiri | Boros Di Aralom

Sabtu, 15 Januari 2011

Tertembak Rakan Sendiri

SIPITANG: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dari Kampung Pantai di sini, maut selepas rakannya menembak mangsa tanpa sengaja semasa mereka keluar berburu petang Selasa lalu. Kejadian itu berlaku di kawasan Kem 20 hutan perladangan Sabah Forest Industries (SFI). 75 Kilometer dari Sipitang kira-kira pukul 5.30 petang selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sipitang, DSP Jamaludin Ali dalam sidang medianya mengesahkan kejadian itu berkata, sebelum tragedi itu dua rakan yang masuk ke hutan untuk tujuan berburu telah berpecah haluan, bagaimanapun setelah beberapa lama masuk ke dalam hutan, suspek telah melepaskan tembakan ke atas mangsa kerana menyangka ia adalah kelibat binatang buruan.
“Mangsa yang disangka rusa itu telah terkena tembakan di bahagian atas lengan dan hadapan perut menyebabkan dia kehilangan banyak darah dan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata rakan yang tertembak mangsa telah datang sendiri ke Balai Polis kira-kira jam 12 tengah malam untuk memaklumkan kejadian itu.

Baca selanjutnya di New Sabah Times

Waduh...ni lagi kes terbaru pasal kawan tembak kawan. Bukan tembak pasal mereka ni berdendam tapi kerana silap tembak. Disangka rusa tapi rupanya manusia. Dulu pun pernah jugak kes seumpama ni berlaku kat Kota Belud, Sabah. Itu pun hampir sama je jalan ceritanya. Saya pun terfikir, kalau saya ni masuk hutan waktu malam, adakah saya kelihatan seperti seekor rusa? Hmmm...pemburu pun tak tahu membezakan mana satu rusa, mana satu manusia ya..lagi satu, ada lesen ke tu? Kalau guna senapang patah buatan sendiri atau lebih dikenali sebagai 'bakakuk', confirm tak der lesen. Habislah!!!


3 ulasan:

Mouren berkata...

Aiiiyahhhh..dorang tidak tau kaitu pantang larang time memburu?!!

Nancypoh berkata...

Wyne* tiada pengalaman kali..hehe..entah dorang tau kaitu pantang larang atau tidak..

Hairun Azmi berkata...

Sebaik baiknya pemburu tu tidak berpecah haluan bagi mengelakkan kemalangan...

Ana Raffali ikon Jabatan Muzium