Boros Di Aralom: Julai 2013

Rabu, 31 Julai 2013

(EDISI SARKAS POLITIK) Inilah dia lirik lagi Ronan Keating yang nak Khairy dengarkan untuk Khir Toyo...

Erk...duduk satu rumah tapi tak sebulu..ini biasa berlaku dalam mana-mana parti politik..saya bukan lah jenis blogger yang suka berpolitik..tapi yang pasti...saya suka Ronan Keating punya lagu..hehe..Baca laporan dari Malaysian Digest ini pelan-pelan..
Khairy 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mengatakan bahawa pergerakan itu memerlukan ketua yang baru kerana Khairy gagal menarik golongan muda mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum lalu.
“Saya tak nak cakap panjang. Saya nak suruh dia dengar lagu Ronan Keating berjudul “When you say nothing at all”, katanya kepada FMT di majlis berbuka puasa anjuran pergerakan pemuda Umno di Masjid Assyakirin, KLCC petang semalam.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu Dr Khir hayati liriknya, “You say it best, when you say nothing at all”.

Dua hari lepas Dr. Khir yang kalah kepada Khairy pada pemilihan ketua pemuda pada tahun 2009 berpendapat Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukannya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.

Katanya kepada FMT, Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.

Sehingga hari ini, Khairy belum mengesahkan lagi sama ada akan mempertahankan jawatan ketua pemuda yang akan dipertandingkan pada 28 September ini.
- FMT

P/s: Enjoy lirik lagu ini..dari Ronan Keating "When You Say Nothing At All"..lagi best nyanyi sambil main gitar kapuk..

It's amazing how you
Can speak right to my heart.
Without saying a word
You can light up the dark.

Try as I may, I could never explain
What I hear when you don't say a thing.

[Chorus:]
The smile on your face
Lets me know that you need me.
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me.
[Album version:] The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall.
[Live version:] The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall.
You say it best when you say nothing at all.

All day long I can hear
People talking out loud (oooh).
But when you hold me near (you hold me near)
You drown out the crowd (the crowd, the crowd).

Try as they may, they can never define
What's been said between your heart and mine.

[Chorus:]
The smile on your face
Lets me know that you need me.
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me.
[Album version:] The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall.
[Live version:] The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall.
[Album version:] You say it best (you say it best) when you say nothing at all.
[Live version:] 'Cause you say it best (you say it best) when you say nothing at all.

[Chorus:]
The smile on your face
Lets me know that you need me.
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me.
[Album version:] The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall.
[Live version:] The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall.
[Album version:] You say it best (you say it best) when you say nothing at all.
[Live version:] 'Cause you say it best (you say it best) when you say nothing at all.

(You say it best when you say nothing at all.
You say it best when you say nothing at all.)

That smile on your face,
[Album version:] The truth in your eyes,
[Live version:] The look in your eyes,
The touch of your hand
Lets me know that you need me.

(You say it best when you say nothing at all.
You say it best when you say nothing at all.)

http://www.azlyrics.com/lyrics/ronankeating/whenyousaynothingatall.html



(EDISI AWESOME) Selesaikan kiub Rubik dalam masa 7 saat!!...rekod baru

Kiub rubik
Wow..siapa yang pernah main benda ni? Saya...selalu gak main tapi tak pernah selesai selesai..asal beli mesti hempas kat batu..hik hik..tapi yang pasti ramai yang boleh menyelesaikan masalah kiub rubik ini kan..berapa pantas korang boleh match'kan warna-warna pada kiub rubik ini??

Terbaru dalam kejohanan kiub rubik atau nama englisnya, Rubik's Cube World Championship 2013 yang diadakan di Las Vegas baru-baru ini, rekod terbaru telah dicatatkan iaitu 7.36 saat oleh Feliks Zemdegs..beliau baru jer berumur 17 tahun..korang boleh tengok laporan video kat Metro UK..

P/s: Pantas gila mereka ni selesaikan kiub rubik tu..7 saat!..nak ikat tali kasut pun ambil masa lebih seminit..huhu..tabik!



Selasa, 30 Julai 2013

(EDISI ARTIS) Kenapa Nora Danish hentikan bisnes bedak sejuknya...Tanaka?

Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini..ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa..apa kata Dora Danish pulak?? 
Nora Danish
Laporan ini dipetik dari Malaysian Digest

Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.

Jelas aktres ini, selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.

"Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.

"Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.

"Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.

"Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik," ujarnya. (MalaysianDigest)


P/s: Kalau sah was-was untuk menggunakan sesuatu produk..tak payah lah guna..nanti lain pulak jadinya.. sekian..

(EDISI ARTIS) Gambar pelakon-pelakon Harry Potter dulu dan kini

Filem yang banyak sekuen, Harry Potter memang salah satu filem terbaik dan terfemes sepanjang zaman..filem ini juga membuatkan para pelakonnya menjadi begitu popular sejak mereka kecil sampai lah dewasa..jom layan gambar-gambar pelakon utama filem Harry Potter dulu dan kini..
Evanna Lynch sebagai Luna Lovegood

Bonnie Wright sebagai Ginny Weasley
Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter
Emma Watson sebagai Hermione Granger

Matthew Lewis sebagai Neville Longbottom

Tom Felton sebagai Draco Malfoy

Rupert Grint sebagai Ron Weasley

(Gambar-gambar kat atas ini gua 'curi' dari Yahoo... :)

Isnin, 29 Julai 2013

(EDISI SYARIAH) Si Tanggang moden..gaji RM17000 sebulan tapi abai ibu bapa dan anak

Tak tau nak cakap apa dah...laporan ini gua petik dari Malaysian Digest
Mustafa Ismail menfailkan waran tangkap terhadap anaknya

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nasrun Mustafa, 40, yang sebelum ini digelar ‘si tanggang moden’ atas permohonan pelaksanaan perintah yang difailkan oleh bapanya, Mustafa Ismail (gambar) 67, menerusi peguam syarienya, Fazru Anuar Yusof.

Pesara syarikat cari gali minyak itu terpaksa berbuat demikian selepas lebih 10 bulan anaknya itu masih gagal mematuhi perintah mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini oleh Hakim Syarie, Rosdi Harun.

Sebelum ini, Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anak kandungnya, Nasrun yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan, bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya, tiga tahun lalu.

Selepas tiga tahun, permohonan Mustafa akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun.

Rosdi dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun yang digelar sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun, yang diabaikannya sejak lapan tahun lalu.

Beliau turut memerintahkan Nasrun membayar RM18,866.50 kepada kedua ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang ke rumah bertemu anaknya lebih lapan tahun.

Bagaimanapun, segala perintah yang dikeluarkan Rosdi sebelum ini diabaikan oleh anaknya menyebabkan Mustafa terpaksa mengambil jalan terakhir memfailkan waran tangkap.

“Dia yang memaksa saya mengambil tindakan ini. Waran tangkap ini jalan terakhir untuk membolehkan saya berjumpa dengannya dan menyelesaikan masalah kami,” kata.

Mustafa turut meluahkan rasa kesalnya kerana anaknya itu tidak pernah memberi kerjasama, sedangkan beliau membuat tuntutan itu atas kepentingan dua cucunya yang sedang bersekolah di tingkatan empat dan bakal memasuki pusat pengajian tinggi.

“Sejak dari tarikh perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah iaitu pada 28 Ogos 2012 sehingga ke hari ini (semalam), Nasrun gagal dan mengingkari perintah itu tanpa sebarang sebab musabab. Sehingga hari ini juga tiada sebarang bayaran pun dijelaskan kepada saya.

“Saya pernah cuba hubungi dia, tetapi tidak pernah mendapat maklum balas, malah dia juga tidak pernah menghadiri sebarang prosiding yang berkaitan dengan kes ini,” katanya.

Jelas Mustafa lagi, sehingga hari ini, anaknya itu tidak pernah memohon maaf kepadanya selaku bapa kandung dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, serta langsung tidak menjenguk mereka yang sudah uzur.

“Saya rasa seperti dianiaya oleh anak sendiri yang bukan sahaja mengabaikan dan mengingkari perintah dikeluarkan mahkamah, malah dia juga mengingkari perintah ALLAH untuk taat kepada saya selaku bapanya,” kata Mustafa dalam tuntutannya.

Menurutnya, dia tidak tahu mengapa anaknya itu sukar memberi kerjasama dan berharap Nasrun pulang bertemu mereka dan dua anaknya sempena Ramadan yang mulia ini, serta Aidilfitri yang bakal tiba.

“Saya tak tahu nak komen apa lagi, ini bulan puasa dan Aidilfitri pun akan tiba. Saya dan ibunya sangat berharap Nasrun pulang ke rumah dan menjenguk kami serta dua anaknya. Baliklah selesaikan semua ini. Ini bukan baru, lama dah cerita ini, dah tiga kali raya.

“Masalah ini senang sahaja, kalau datang jumpa kami, kita boleh selesaikan dengan cara baik,” katanya yang gagal meneruskan kata-kata kerana terlalu sebak.

Sementara itu, peguam Syarienya, Fazru Anuar berkata, Nasrun berdepan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM2,000 mengikut Seksyen 229 (1) dan 229 (3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu selepas gagal, enggan atau abai mematuhi perintah mahkamah bertarikh 28 Ogos 2012.

“Disebabkan kegagalan mematuhi perintah mahkamah itu, jumlah tuntutan yang terpaksa dibayar Nasrun juga meningkat kepada RM4,800 untuk kedua ibu bapanya berbanding RM400 sebulan yang ditetapkan sebelum ini, serta masing-masing RM12,000 untuk dua anaknya selain tambahan RM1,000 untuk persiapan Aidilfitri,” katanya.

-Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/si-tanggang-moden-diburu-1.187701


P/s: Teringat dengan satu cerita dulu-dulu...Alkisah.."di sebuah rumah banglo..tinggal sepasang suami isteri bersama seorang anak kesayangan mereka..si suami mempunyai seorang ayah tetapi dihantarnya ke rumah orang-orang tua..walaubagaimanapun, mereka sekeluarga sering juga melawat si ayah tua ini..setiap kali mereka melawat, si suami akan memberi makan ayahnya dengan menggunakan mangkuk lama yang sudah buruk...si ayah tidak membantah dan makan sahaja makanan yang diberikan walaupun tidaklah sesedap mana..

Suatu hari..ketika si suami dan keluarganya keluar bersiar-siar di tepi pantai..si anak terjumpa satu mangkuk yang sudah hampir nak reput di celah-celah pasir pantai dan mengambilnya serta membersihkannya...si suami, ayah budak itu pun hairan dan bertanya, kamu nak buat apa dengan mangkuk tu?..si anak pun menjawab..oh, saya nak simpan..nanti bila ayah dah tua nanti, saya boleh gunakan mangkuk ini untuk beri ayah makan"...omg!

Apa yang berlaku lepas itu?..korang fikir lah sendiri...alangkah bagusnya jika keinsafan itu semudah sebuah cerpen pendek..sekian..

(EDISI MALANG) Nyawa-nyawa ikan selepas dibuang ke dalam kolam oleh jurulatih renang

Lifeguard pun tak kisah.. (google pic)
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun mengalami kerosakan otak dan kini sedang nyawa-nyawa ikan selepas jurulatih renangnya membuang dia ke dalam kolam renang dan dibiarkan lemas semasa sesi latihan dijalankan. Kejadian ini berlaku di Chongqin, Wilayah Sichuan, China.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Moumou itu dikatakan tidak mahu masuk ke dalam kolam dan membuatkan si jurulatihnya menjadi bangang..apa lagi, jurulatih tu pun terus membuang Moumou secara paksa ke dalam kolam..wtf?

Walaupun Moumou bergelut dengan nyawanya terkapai-kapai dalam kolam itu..tiada siapa yang ambil tindakan. Termasuklah para pengunjung kolam itu dan para lifeguard. Salah seorang saksi mendakwa bahawa dia mengandaikan Moumou tidaklah berada dalam keadaan merbahaya sebab jurulatihnya ada bersama malah lifeguard pun banyak kat sana..goyang kaki..Moumou hanya dibawa keluar dari kolam selepas keadaannya menjadi sangat teruk..

Hospital mengesahkan keadaa Moumou sekarang sebagai sangat kritikal dan peluang untuk hidup juga tipis. (globaltimes)


p/s: Teringat pula memori masa saya kanak-kanak dulu...masa baru start nak belajar berenang kat sungai di kampung..selalu hampir-hampir lemas...nasib baik masih dipanjangkan umur..tapi masa itu, saya tiada jurulatih..jurulatih ialah diri sendiri..bahaya betul..don't try this alone..

Ahad, 28 Julai 2013

(EDISI MALANG) Bayi tersepit pada mesin kuih..dilema ibu bekerja?

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini, pasti ramai yang sudah membaca berita 'Bayi tersepit mesin kuih'...kesian saya tengok bayi yang baru berusia setahun tu..memang malang tidak berbau..nasib baik anak kecil itu tidak cedera teruk..
Keadaan Mohd Uqshah tersepit

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli, turut luka dan berdarah pada mulut disepit mesin berkenaan ketika sedang bermain berhampiran alat itu yang diletakkan di atas lantai. 

Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata dia sedang bekerja dan tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu sebelum Uqshah tiba-tiba menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu. 

“Badannya turut bergerak mengikut mesin itu yang berpusing sehingga mengakibatkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

“Walaupun suis dimatikan, tangan anak saya masih tersepit di antara bekas tepung dan bahagian utama mesin.

“Usaha menarik keluar tangannya tidak berhasil. Saya menghubungi bomba yang menghantar tiga anggota kira-kira jam 11 pagi dan mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan anak saya.

“Uqshah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya. 
Pemilik kilang, Norhadidah Harun, 43, berkata ketika kejadian, dia berada di tingkat atas premis itu sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit dan bernasib baik kerana seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

P/s: Ini adalah salah satu dilema yang dialami oleh kebanyakkan ibu bekerja..terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Kerana tidak mampu membayar pembantu atau penjaga bayi atau tidak mampu menghantar ke taska, maka ramai yang membuat keputusan untuk membawa saja anak mereka bersama ke tempat kerja...

Harap pekerja dan majikan akan lebih prihatin dan berhati-hati tentang masalah ini pada masa akan datang...mungkin majikan perlu sediakan bilik khas mini taska.. :p

(EDISI AWESOME) Bina simulator kapal terbang Boeing 737 di dalam bilik tidur anak

Whoa! orang ini memang kreatif tahap gaban..Laurent Aigon, 40, dari Perancis ini mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan simulator kapal terbang Boeing 737 bersama sahabat baiknya, Jean-Paul Dupuy. Simulator ini dibina di dalam bilik anak Aigon..

Aigon berjaya membina bahagian-bahagian paling rumit dalam simulatornya
Simulator ini menelan belanja sehingga ribuan euro dan kebanyakkan komponennya dibeli menerusi talian internet dari seluruh dunia. Lebih menarik lagi apabila simulator ini mendapat pengiktirafan dari Institute of Aircraft Maintenance di Bordeaux-Merignac Airport. Laurent Aigon turut dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pencapaiannya itu.

Simulator Aigon ini sama seperti simulator sebenar
Memang hebat si Aigon ini kan..tapi timbul pulak satu persoalan...kenapa dia tak bina simulator ini di dalam bilik tidur dia sendiri?? kesian pulak anak dia terpaksa bersempit tidur dengan simulator ciptaan ayahnya..mungkin si Aigon nak kan supaya anaknya turut menjadi 'aircraft enthusiast'..bila besar nanti boleh jadi pilot..kan kan kan..

Sumber: Metro Uk



Sabtu, 27 Julai 2013

(EDISI NAHAS KERETAPI SPAIN) Pemandu itu memang pentingkan diri...nak bunuh diri konon...wtf?

Dunia digemparkan dengan tragedi nahas keretapi terburuk yang berlaku di Sepanyol beberapa hari lalu. Nahas tersebut telah mengorbankan 78 nyawa seperti yang dilaporkan dalam Huff Post

Menurut media lagi, pihak berwajib telah menerima transkrip dari pemandu keretapi itu, Francisco Jose Garzon Amo, 52, yang bertulis "I've f***ed it up. I want to die."

Jose dibawa keluar dari keretapi
Nah..memang sah dia tu pentingkan diri sendiri..kalau nak bunuh diri pun..pergi lah bunuh diri sorang sorang..tak payah libatkan nyawa orang lain yang lebih menghargai nyawa mereka...at last, si Jose ni terselamat juga dari nahas tu...errrrr..geramnya..tahun lalu dia berlagak sangat...siap tunjuk meter keretapi kat Faceook yang sah sah sudah melebihi had laju..sekarang tengoklah apa dah jadi..bukannya dia boleh ganti balik nyawa mangsa mangsa yang dah terkorban...

P/s: takziah kepada semua mangsa yang terbunuh..may your soul rest in peace..dan memang hidup si Jose tidak akan aman lagi lepas ini..


(EDISI JENAYAH TERBALIK) Guru pulak yang buat vandalisme kat sekolah sendiri...wtf?

Biasanya kita sering melihat dan mendengar masalah vandalisme ini dilakukan oleh golongan pelajar bermasalah. Tetapi terdapat juga beberapa kes terbalik yang melibatkan guru..opsss!!!

Papan tanda mangsa vandalisme...(google pic)
Guru pulak yang buat vandalisme kat sekolah sendiri..kat mana tu?? Kes terbaru ini berlaku di Jepun. Si guru ini memecah masuk ke dalam sekolah tempat dia bekerja dan merosakkan harta benda sekolah seperti lampu jalan serta menconteng dinding dengan menggunakan pen dakwat kekal...siap tulis senarai penuh pemain bola sepak kebangsaan Jepun pulak tuu..laporan penuh boleh baca kat Japan Today..

Yaii!!...ada juga kes macam ini yer...apa pun, guru ini juga adalah seorang manusia biasa seperti kita..mereka juga punyai masalah..punyai pengalaman pahit manis..punyai cita-cita dan impian..dan punyai kelemahan sendiri...

P/s: Saya tidak menyokong vandalisme...cuma kekadang bila kita berdepan dengan masalah sedemikian, majoriti kita pastinya akan terus jump into conclusion dan berfikir "oh, bodohnya guru ini..tak der akal...belajar je tinggi tapi tak tau nak beza baik buruk...merosakkan profesion keguruan jew"...kan kan kan...rather than berfikir.."something not right in this person...and he/she need a help"...sekadar pendapat... :p


(EDISI HUKUMAN JENAYAH) Ariel Castro dihukum penjara lebih 1000 tahun...kenapa tak hukum bunuh terus?

Ariel Castro, 53, seorang penjenayah ganas tak berperikemanusiaan, yang didakwa atas kesalahan menculik, mengurung selama 10 tahun, dan merogol tiga wanita di Cleveland, US, telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup ditambah seribu tahun..that's mean dia akan berada dalam penjara selama 53 + 1000 tahun...whats??? kenapa tak hukum bunuh terus..membazir wang cukai rakyat je makluk ini..and..mana ada orang yang pernah hidup sehingga 1000 tahun...nak hidup 100 tahun pun belum tentu boleh dicapai..laporan terkini boleh baca kat HuffPost...lagipun jenayah yang dia buat itu memang berat...boleh bayangkan betapa traumanya mangsa-mangsa si Castro tu...dikurung, diseksa, dirogol, dipukul..dan sebagainya..memang binatang punya kerja..binatang pun tahu berperikebinatangan..

Ariel Castro dihukum penjara lebih 1000 tahun..
P/s: Castro diberi pilihan sama ada nak dihukum bunuh atau nak dipenjara 1000 tahun...dia pilih 1000 tahun..wtf? adakah mangsa mempunyai pilihan ketika diperbuat seperti binatang oleh si Castro ini? 

(EDISI GIVEAWAY RAMADHAN) Hadiahnya ialah seorang bayi comel...nak tak?

Ni giveaway siapa pulak ni? hadiahnya ialah bayi kecil yang comel..ada siapa-siapa berminat tak? saya tak cakap kosong..memang giveaway ini wujud...boleh periksa kat sini...

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sebuah stesen televisyen di Pakistan telah melaksanakan satu rancangan realiti tv...hadiahnya ialah bayi-bayi kecil yang comel-comel belaka..
Pengacara, Aamir Liaquat Hussain sedang menimang bayi untuk diserahkan kepada pemenang.

So, dari mana datangnya bayi-bayi ini? sebenarnya mereka merupakan bayi-bayi yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..bayi-bayi yang ditemui mereka bukan semuanya masih hidup, ada juga yang sudah tidak bernyawa..oleh itu, sempena bulan Ramadhan ini, stesen tv tersebut mahu buat rancangan tv sambil menyelitkan kerja-kerja amal..setakat ini, mereka sudah berjaya memberi dua bayi kepada pasangan yang berjaya memenangi rancangan realiti tv itu..pasangan tersebut biasanya terdiri daripada mereka yang belum mempunyai anak..ada juga pasangan yang sudah lebih 10 tahun menunggu tetapi belum mendapat zuriat..bagi pasangan ini, bayi tersebut merupakan kurnia sempena bulan Ramadhan ini..

whoa!! kat Malaysia dah ada ker rancangan tv seumpama ini?? padahal hampir saban hari kita dengar berita pembuangan bayi..

Jumaat, 26 Julai 2013

(EDISI MINYAK KERETA) Diesel habis,,,,,harga Diesel bakal dinaikkan??

Diesel habis stok...adakah harga akan naik?
Alamak,,,,makin menjadi-jadi masalah kat Sabah ni...belum habis dengan isu RCI...sekarang timbul masalah baru..minyak Diesel habis stok..saya tak tau lah sama ada tempat lain kat Malaysia ini mengalami masalah sama atau tidak...tapi kat Sabah sekitar area Kota Kinabalu ini sedang panik gara-gara minyak Diesel habis stok..saya tak lah perasan sangat tentang masalah ini sejak dua hari lalu sebab saya tak pakai kereta Diesel..tadi, kakak tetiba bagi tau..minyak Diesel dah habis stok...dah tiga stesyen dia pergi...semua habis...si kakak ni memang pakai kereta Diesel dan dia agak panik sikit tadi...maklum lah dia isi minyak kereta sekali je seminggu...nasib baik ada kawan dia sorang tu bagitau yang ada satu lagi stesyen minyak yang belum habis stok Diesel...si kakak terus bergegas ke sana..memang dah tuah dia kot, sempat isi Diesel harga RM50...then lepas tu...habis dah...
Kat area tempat tinggal saya ini ada sekitar 5 stesyen minyak...semua dah habis stok Diesel..masih tak tahu apa sebabnya...adakah ini satu petanda bahawa minyak Diesel akan naik harga? weii...Sabah banyak minyak lah...mana pergi semua minyak tu? PETRON dah baham semua ker??

Adei....only in Malaysia...

(EDISI MAKANAN EKSOTIK) Makan ulat sagu atau 'tutod'

Ulat sagu atau lebih dikenali sebagai 'tutod' di kalangan masyarakat Kadazan Dusun memang terkenal sebagai salah satu makanan eksotik. Bukan kat Malaysia saja, kat negara-negara beriklim tropika yang lain juga mempunyai makluk ini...bila tengok, pasti ramai yang meremang seluruh badan...errr...gelinya...bila dah geli...nak suruh makan, lagi lah tak mau...kan kan kan...
Ulat sagu panggang... (gambar dari google)..sy tak sempat ambil gambar ulat sagu kat rumah kelmarin..
Semalam, si bapak ada membawa pulang benda ini kat rumah...kira-kira jam6 petang macam tu lah..then,  si bapak panggang..baunya memang sangat wangi...lemak gitu..

Tapi kan.....bila rasa...uwekk!!!  @@ ...tak tau lah nak banding dengan apa...macam rasa tisu basah pun ada...macam kertas pun ada...ya! saya memang pernah makan kertas masa kecil kecil dulu...hehehe..mungkin kalau dicecah dengan rempah ratus, mungkin sedap..ini tak, terus saja diletak atas pemanggang...tapi kalau ikut budaya lama..ulat sagu ini boleh dimakan terus tanpa dimasak..errr..saya tak tahulah macam mana rasanya..mungkin lagi sedap kot..

Tapi jangan main-main....kalau buat bisnes jual ulat sagu ini boleh untung banyak tau...Sabtu lalu, ada sorang kawan dari kampung yang jual ulat sagu kat pasar tamu..korang tau berapa dia jual??? Seekor harganya RM1.00...wow!...seekor...yang besar lah..kalau jual seratus ekor...dah dapat RM100 sehari..not bad juga kan..mulanya saya agak terkejut beruk...benda geli macam ini mahal siot??

Maka dengan itu...bersyukur lah saya sebab dapat rasa ulat sagu ini..adalah dua tiga kerat yang masuk mulut..dah RM3 tu...huhu..rasa juga makan makanan eksotik..tapi kalau suruh makan hari-hari...tak larat...mahal sangat..hehe..walaupun khasiatnya tinggi..

Khamis, 25 Julai 2013

(EDISI INFORMASI PENTING) Ganjaran RM500 Kepada Pemberi Maklumat Lembaga Industri Getah Sabah

Informasi ini saya dapat dari laman web Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk melaporkan kegiatan menyeludup keluar getah dari Sabah untuk kebaikan Negeri.

Ganjaran sebanyak RM500.00 akan diberikan oleh LIGS kepada Pemberi Maklumat untuk setiap kontena yang berjaya dikesan dan dipunggut ses getah atau yang menyebabkan pelaku berjaya didakwa di mahkamah.

Segala maklumat yang diberikan serta identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan lindungi oleh undang-undang.

Klik sini untuk maklumat lanjut


Ramai yang tahu bahawa harga getah di Sabah memang jauh lebih murah berbanding dengan harga getah di semenanjung. Jadi ada lah puak-puak tamak ini beli getah kat Sabah dan mengirimnya ke semenanjung untuk mendapat untung lebih...sampai dua kali ganda keuntungan mereka...kan bagus kalau government terus saja seragamkan harga getah seluruh Malaysia..tiada lah masalah macam ini berlaku...dulu kata 1Malaysia...


P/s: Apepun..tahniah kepada BN sebab menang besar kat Kuala Besut..dengar dengar, Kuala Besut dapat durian runtuh...hehe..

(EDISI LAGU BEST) 'Lagu Cawan' versi acapella yang best

Lagu Cawan atau lebih glamour dikenali sebagai 'The Cups Song' yang dinyanyikan oleh Anna Kendrick dalam movie Pitch Perfect ini sedang menjadi viral di Youtube...ramai yang cuba buat aksi putar balik belit belit cawan tu..huhu..saya tak pandai..kalau suruh saya buat kang nanti cawan tu terbang..anyway, kalau nak belajar, ada juga tutorialnya kat youtube..baby and pun boleh buat kot

Kat bawah ini salah satu cover song lagu Cups yang saya suka..memang best..lagu Cups versi acapella yang disampaikan oleh sekumpulan pelajar muzik dari Syracuse University..enjoy...

Oh ya...kat Malaysia pun dah ada yang buat cover lagu Cups ini...mereka dari Penang dan memang first class punya cover..tengok kat youtube.. namanya kumpulan adik beradik tu ialah 4JC Brothers

Lirik lagu The Cups Song by Anne Kendrick:
[Verse 1:]
I got my ticket for the long way ‘round
Two bottle ‘a whiskey for the way
And I sure would like some sweet company
And I’m leaving tomorrow, wha-do-ya say?

[Chorus 1:]
When I’m gone
When I’m gone
You’re gonna miss me when I’m gone
You’re gonna miss me by my hair
You’re gonna miss me everywhere, oh
You’re gonna miss me when I’m gone

[Verse 2:]
I’ve got my ticket for the long way ‘round
The one with the prettiest of views
It’s got mountains, it’s got rivers, it’s got sights to give you shivers
But it sure would be prettier with you

[Chorus 2:]
When I’m gone
When I’m gone
You’re gonna miss me when I’m gone
You’re gonna miss me by my walk
You’re gonna miss me by my talk, oh
You’re gonna miss me when I’m gone

(EDISI KESIAN) Nak mandi pun tak larat sebab terlalu gemuk...

Disebabkan penyakit 'Celebral Palsy' yang dialami oleh Zhang Hanjun, 19, ketika dia masih kecil, kini kehidupannya semakin rumit dengan berat badan yang mencecah 150kg. Dia sukar melakukan aktiviti seharian tanpa bantuan orang lain.
Zhang diusung oleh sepasukan bomba dan penyelamat selepas mandi.

 Zhang dimandikan oleh ibunya yang sentiasa menyokong.

 Bersalaman dengan pasukan bomba dan penyelamat sebagai tanda terima kasih.

Tidak banyak benda yang boleh Zhang lakukan kerana menghidap penyakit ini. 

Rabu, 24 Julai 2013

(EDISI JENAYAH) Kalau perogol tak capai 'orgasm', bukan rogol namanya...wtf?

Kalau si perogol tak capai klimaks atau 'orgasm' masa buat jenayah, maka bukan kes rogol namanya...aik!!! adakah patut...tak terfikir kah si polis mengenai keadaan mental dan emosi si mangsa? sampai trauma dibuatnya..

Kes ini memang benar berlaku kat US..di universiti pulak tu..ada student buat report dirogol oleh bekas teman lelakinya tapi pihak berkuasa mengklasifikasikan kes itu sebagai bukan rogol hanya disebabkan ex-boyfriendnya itu tidak mencapai orgasm ketika melakukan jenayah tu..amboi..banyak cantek!! 

korang boleh baca kes penuh kat Huff Post..
University of Southern California

Selasa, 23 Julai 2013

(EDISI COOL) Koleksi gambar ukiran pada buah tembikai yang memang awesome

Kreatif dan menarik...berikut antara koleksi gambar ukiran pada buah tembikai yang memang awesome...enjoy..






(Sumber: China Daily)


P/s: Kalau saya jumpa tembikai diukir macam ni...terasa sayang pula nak makan..nak bawa rumah buat perhiasan...huhu..

(EDISI COOL) Mari tengok si nenek ini main drum penuh gaya

Memang agak jarang kita lihat atau dengar orang tua yang berumur sekitar 70 - 80an bermain drum dengan baik..apalagi kalau orang itu seorang nenek..huhu..jom layan si nenek ini bermain drum dengan penuh gaya rokstar...

P/s: Serius...saya pun tak pandai main drum macam ini...main drum macam budak-bidak boleh lah... hehe..gua salute dengan nenek kat atas tu...

(EDISI GAMBAR TAK TAU MALU) Rekod terbaru mandi bogel terbanyak...wtf?

*Amaran* Gambar tidak di'censor...tengok berdasarkan budi bicara masing-masing... ibu bapa! sila awasi anak-anak anda tu yer!!

Sekumpulan manusia yang memang dah budaya mereka tak kisah dedah aurat...dikatakan berjaya catat rekod mandi pantai sambil berbogel kat pantai Vera, Sepanyol...seramai 729 orang telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.





(Sumber: Huff Post)

P/s: Manusia kembali ke zaman batu...kiamat dah dekat kot....

Sabtu, 20 Julai 2013

(EDISI HOT) Top 10 Artis China paling cantik

Ini dia amoi-amoi artis China yang hot gojes. Top 10 artis China paling cantik:

1  Tang Yang

2 Michelle Reis

3 Ann

4  Gigi Lai

5  Faye Wong

6  Nini

7  Angelababy

8  Huang Shengyi

9  Liu Yifei

10. Alyssa Chia


Source: China Daliy

p/s: Suka hati korang la mana satu yang paling cantik...semua pun cantik.. :)

Jumaat, 19 Julai 2013

(EDISI SURVIVAL) Sanggup jual diri kat eBay...

Sanggup tak korang jual diri kat internet? kat eBay ker...kat Lelong ker...kat Lazada ker..atau kat mana-mana di alam maya ni? 

Bila keadaan hidup makin terdesak...nak cari kerja pun payah...dapat kerja pun gaji ciput...nak bayar sewa rumah pun tak lepas..apa lagi nak bayar loan kereta..pastinya buat kita rasa tertekan sampai terfikir nak buat benda-benda yang kurang diredhai oleh Dia yang Maha Kuasa...fuh!!

Sekarang ini bukan kat tepi-tepi lorong saja kita boleh nampak 'makluk makluk' ciptaan Tuhan ini menjual diri tapi kat dalam internet pun ada juga..dah banyak kes..bukan perempuan saja..lelaki pun jual diri kat internet..macam kes si Steve Sewell ini..tapi kesian kat dia, tak der satu bidaan pun kena... :(

Tapi bukan semua yang jual diri kat internet ini tergolong dalam kategori 'kurang bermoral'..malah 'jual diri' secara online kini menjadi tren yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan perkerjaan yang setimpal dengan kelayakkannya..masih ingat dengan kisah lepasan graduan di UK yang siap buat homepage resume dia dan menjadi viral? Tapi gua tak tahu pula sama ada dia dah dapat kerja ker belum..yang pasti dia mendapat banyak tawaran kerja tapi bukan berdasarkan kepada kelulusannya... mungkin ini satu contoh yang boleh dipraktiskan di Malaysia.

So, the point here is, there are many ways to market ourselves...but none of it will work, if you never try it..bak kata Nick Vujicic, "when you fail, try again"...

Sekian..gua kering idea dah...