Boros Di Aralom: April 2014

Rabu, 30 April 2014

Lelaki terima padah selepas cuba letupkan teman wanitanya yang mengandung

Seorang lelaki menculik teman wanitanya yang sedang mengandung enam bulan dan cuba untuk meletupkannya dengan menggunakan tong gas di Huizhou City, Wilayah Guandong, China. Namun cubaannya itu bertukar padah apabila dia sendiri cedera parah dan kini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Padah bila letupkan tong gas dalam kereta

Wanita bernama Xu Fan, 21 tahun, mendapatinya dirinya mengandung selepas menjalin hubungan asmara dengan Li Moulian, 36, yang dikenalinya dalam tempoh semalaman sahaja. Selepas mendapati dirinya mengandung, wanita itu dan teman lelakinya berhasrat untuk melahirkan anak tersebut dan seterusnya menjalani kehidupan bersama.

Lelaki itu dikatakan menjadi sangat tertekan untuk mencari wang untuk menampung perbelanjaan mereka dengan melakukan pekerjaan tidak tetap. Tekanan yang dihadapinya itu menyebabkan dia tergerak hati untuk membunuh diri dan teman wanitanya. Dia menyerang teman wanitanya ketika sedang tidur dan kemudian mengikatnya dengan sebuah tong gas. Li Moulian kemudiannya mengheret wanita itu menuju masuk ke dalam kereta.
Wanita diheret oleh teman lelaki
Jiran mereka yang terlihat insiden itu berjaya menghubungi pihak berkuasa. Li Moulian menarik Xu Fan masuk ke dalam keretanya dan terus memandu mengelilingi kota sebelum berjaya dihentikan oleh polis. Namun sebaik sahaja polis tiba, Li Moulian dengan serta merta menghidupkan api untuk membakar tong gas tersebut dan ianya terus meletup dan membakar kereta ketika kedua pasangan itu berada dalamnya.
Mangsa terbaring di hospital
Namun polis bertindak pantas dengan memadamkan api dan menarik kedua mangsa keluar dari kereta. Mangsa mengalami luka terbakar dan kini berada dalam keadaan kritikal. Kedua mereka kini ditempatkan di dalam satu bilik rawatan intensif yang sama. Walaubagaimanapun, keadaan bayi dalam kandungan wanita itu masih belum diketahui nasibnya.

Menurut laporan lagi, Li Moulian sebenarnya mempunyai penyakit mental yang serius. Sebelum ini, dia juga pernah cuba membunuh ibu bapanya ketika mereka sedang tidur.

Sumber: Says
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Selasa, 29 April 2014

Serpihan pesawat MH370 sudah ditemui?

Pada hari ke-17 selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, PM Najib telah mengumumkan bahawa pesawat tersebut 'berakhir' di Lautan Hinidi. Sejak itu, pencarian telah dilakukan secara intensif di kawasan Lautan Hindi berdekatan dengan Perth, Australia.. Namun sehingga kini, belum ada sebarang petunjuk jelas di manakah sebenarnya pesawat itu berada.
Operasi mencari MH370
PM Australia sendiri mengakui bahawa pencarian MH370 semakin sukar. Namun ada satu berita terbaru yang mungkin boleh memberi petunjuk baru kepada pencarian MH370 ini. Menurut laporan The Star, sebuah syarikat eksplorasi asal Australia mendakwa bahawa mereka berjaya menemui serpihan pesawat MH370, enam minggu selepas ia hilang dari radar dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Syarikat bernama GeoResonance itu mendakwa bahawa mereka menemui serpihan tersebut di pantai Bengal yang berada 5000km dari kawasan pencarian. Menurut laporan itu lagi, syarikat tersebut sudah memulakan pencarian sejak 10 Mac lalu.

Kawasan pencarian oleh GeoResonance ini meliputi keluasan 2,000,000 kilometer persegi dengan menggunakan imej-imej yang diperolehi dari satelit dan kapal terbang. Mereka turut menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis semua data termasuk sebuah reaktor nuklear. Jurucakap syarikat, David Pope berkata, "Teknologi yang kami gunakan asalnya direka khas untuk mencari peledak nuklear dan kapal selam. Tapi pasukan kami dari Ukraine menggesa untuk cuba membantu mencari pesawat tersebut. Kami dapati terdapat elemen-elemen kimia dan peralatan yang ada digunakan dalam pembuatan Boeing 777 seperti aluminium, titanium, alloy dan lain-lain lagi dalam penemuan itu."

Namun demikian, Pope menegaskan lagi, "Serpihan itu tiada di sana sebelum kehilangan pesawat MH370. Kami tidak mengatakan bahawa ia sememangnya milik MH370. Namun ini merupakan satu petunjuk yang kami rasa perlu untuk diberi perhatian."

Sumber Asal: Says
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Isnin, 28 April 2014

Selepas 7 Bulan Kahwin, Adam (AF2) & Fiza (Elite) Cerai Talak 1

Akhirnya kemerlut rumah tangga mereka, terjawab. Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri.

Memetik kenyataan di sebuah portal, Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

Terdahulu suasana di ruang mahkamah menjadi kecoh apabila Fiza memohon kepada mahkamah agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah. Fiza berkata, dia enggan kisah peribadinya bersama Adam didedahkan pihak media kepada umum. Permohonan itu kemudiannya dibenarkan oleh TuanMuhamad Nazri.

"Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini.

"Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami," katanya sebelum bermulanya prosiding. Adam dan Fiza tiba di mahkamah sekitar pukul 12 tengah hari dan prosiding kes penceraian mereka bermula kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5. Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam. - MD

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Ahad, 27 April 2014

Kemenangan pertama buat Giggs selaku pengurus Manchester United

Ryan Giggs memulakan tugas sebagai pengurus sementara Manchester United menggantikan David Moyes dengan baik apabila berjaya mengalahkan Norwich City 4-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Gol United dijaringkan oleh Wayne Rooney dan Juan Mata yang masing-masing menjaringkan dua gol. Jaringan sebesar itu jelas membuatkan pengurus yang juga pemain United itu bangga dengan rakan-rakan sepasukannya. Katanya, "Saya rasa saya tinggi 10 kaki, sangat bangga".
Ryan Giggs sebagai pengurus sementara United
Sekirannya Giggs dapat membantu United mempamerkan prestasi konsisten sehingga akhir musim liga perdana Inggeris ini yang hanya berbaki dua perlawanan, mungkin dia boleh saja diserap terus menjadi pengurus United. Namun sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa kerusi panas itu bakal diisi oleh Louis Van Gaal yang kini sedang mengurus pasukan kebangsaan Belanda.


So..mungkin musim depan, United bakal bershoping sakan untuk membeli pemain berkualiti. Dengar kata, Lionel Messi dah ada dalam senarai..tapi tak pasti nak beli ker tak..huhu
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Jumaat, 25 April 2014

Pesawat Virgin Airlines 'dirampas' ketika dalam penerbangan ke Bali

Seorang penumpang pesawat Virgin Airlines yang berlepas dari Brisbane menuju ke Bali dipercayai telah 'dirampas' di lapangan terbang Bali hari ini, 25 April 2014.

Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto mengesahkannya hari ini menerusi stesyen televisyen MetroTV. Katanya, " Kami telah menerima informasi bahawa 737-800 dari Brisbane ke Bali telah dirampas,". Kenyataan itu juga telah disahkan oleh jurucakap tentera Indonesia, Major General Fuad Basya.

Suspek telah berusaha untuk memasuki kokpit pesawat dan cuba untuk mengambil alih. Namun suspek yang cuba merampas pesawat itu gagal dan berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Walaupun cubaan ini gagal namun juruterbang pesawat telah mengklasifikasikannya sebagai satu 'rampasan'.

Menurut satu sumber lain lagi, penumpang itu cuba memasuki kokpit dan kemudiannya memaksa juruterbang untuk memasukkan kod khas rampasan dan meminta juruterbang  untuk mendarat dengan segera.

Dalam satu kenyataan dari pegawai syarikat Virgin Airlines pula menyatakan bahawa penumpang yang cuba masuk kek kokpit itu sedang mabuk dan tiada rampasan yang berlaku. Pesawat Virgin Airlines itu kini sedang berada di lapangan terbang Denpasar, Bali.

Sumber: Says
Edited by Edisi Blogger


Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Selasa, 22 April 2014

Pesawat Malaysia Airlines, MH192 buat emergency landing di KLIA

Belum pun selesai kes kehilangan MH370, kini Malaysia Airlines dikejutkan lagi dengan satu pendaratan cemas yang dilakukan oleh salah satu lagi pesawat Boeing mereka, MH192 di KLIA. Pesawat yang membawa 159 penumpang dan 5 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Bangalore, India.

Menurut laporan, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas selepas tayarnya mengalami letupan ketika berlepas dari KLIA pada jam 1.56 pagi Isnin. Suasana cemas tercetus apabila impak dari letupan itu menyebabkan pesawat bergoyang.

Namun demikian, juruterbang pesawat MH192 iaitu Nor Adam Azmi Abdul Razak berjaya mengawal keadaan dengan sangat baik. Walaupun cemas, para penumpang mampu mengawal emosi dan tenang sehinggalah pesawat mendarat dengan selamat. 

Terkini, penerbangan MH192 berjaya mendarat di New Delhi, India pada jam 5 petang tadi. Selepas MH192 mendarat di KLIA, penerbangan ditukar kepada pesawat lain sebelum berlepas semula ke Bangalore pada jam 3.30 petang tadi.

Sumber: Says, mstar
Edited by Edisi Blogger
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Isnin, 21 April 2014

'Malaikat Maut' datang lagi beri amaran kepada Moyes di Everton

Jika sebelum ini 'malaikat maut' datang mengunjungi Moyes di Old Trafford, semalam pula 'malaikat maut' atau Gream Reaper datang memberi amaran kepada Moyes di Goodison Park ketika Manchester United menentang Everton. Dalam perlawanan liga perdana Inggeris semalam, Everton menang 2-0.
Gream Reaper di belakang Moyes beri amaran

Memang jelas bahawa kedatangan semula Moyes ke laman tempat kelab lamanya bermain itu tidak dialu-alukan oleh peminat Everton selepas Moyes turut diboo. Apalah nasib Moyes lepas ni yer...

Dalam perlawanan lain, Liverpool semakin hampiri kejuaraan liga EPL selepas menumpaskan Norwich di tempat lawan dengan jaringan 2-3. Liverpool kini selesa berkelebihan lima mata di persada liga selepas Chelsea tewas mengejut 1-2 kepada Sunderlan malam semalam.

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Ahad, 20 April 2014

Rekod tanpa kalah Jose Mourinho di laman sendiri ditamatkan oleh kelab bawahan

Di kala saingan Liga Perdana Inggeris semakin hampir ke kemuncaknya, Chelsea selaku pencabar utama Liverpool pula tercicir 3 mata berharga di laman sendiri selepas ditewaskan oleh kelab bawahan tercorot, Sunderland awal pagi tadi.
Rekod tanpa kalah Mourinho di Stamford Brigde lebur

Kekalahan ini sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah dalam 77 perlawanan di laman sendiri Jose Mourinho selaku pengurus Chelsea. Chelsea tewas 1-2 selepas Sunderlan dihadiahkan sepakan penalti di akhir-akhir perlawanan yang disempurnakan oleh Fabio Borini.

Kekalahan Chelsea ini jelas membuka ruang lebih besar kepada Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris selepas 24 tahun menunggu. Sebelum ini, Sunderland juga turut membantu penguasaan Liverpool di takhta liga selepas mengikat Manchester City minggu lalu.

Seperti musim-musim lepas, pasukan bawahan liga biasanya menjadi Giant Killer apabila tiba penghujung musim kerana mahu selamatkan diri dari tersingkir turun ke liga Championship. Jadi tidak hairanlah kenapa pasukan bawahan boleh menewaskan pasukan atasan dengan mengejut. Bak kata Alex Ferguson, "football....bloody hell"..

Anyway, rekod Mourinho itu juga sudah pasti menjadi sesuatu yang sangat sukar ditandingi oleh mana-mana pengurus especially di EPL. 


Liverpool fans... You'll Never Walk Alone..this season is ours..still not confirmed but almost certain..hehe

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Sabtu, 19 April 2014

Cara terpantas untuk buka baju ini boleh tingkatkan kualiti seks anda?


Nak tahu cara terpantas untuk buka baju-T anda? Ini dia cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Youtube dari Russia..lihat video kat bawah.
Menurutnya lagi, cara ini juga boleh tingkatkan kualiti seks anda..entah betul ker tak..Video yang dimmuat naik oleh Pengguna Youtube yang menggunakan usernama Crazy Russian Hacker ini telah mendapat tontonan sebanyak 700,000 dalam tempoh kurang 24 jam. 

Selain cara pantas buka baju, dia juga ada mengongsikan teknik-teknik lain seperti cara terbaik seterika baju, cara betul makan tembikai, dan bagaimana buatkan kasut anda kalis air.


Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Jumaat, 18 April 2014

Tasik ini dikeringkan hanya kerana dicemari kencing seorang remaja

Tasik takungan air di Mount Tabor, Portland, terpaksa dikeringkan selepas airnya dicemari oleh kencing seorang budak remaja.
Tasik takungan Portland, Oregon
Tasik takungan yang mengandungi isupadu sekitar 38 juta gelen air itu merupakan sumber bekalan air kepada lebih 600,000 penduduk. Namun disebabkan oleh pencemaran kencing dari seorang remaja, tasik itu diarahkan untuk dikosongkan semula. 

Pengisian semula tasik takungan itu dijangkakan akan menelan kos sehingga berpuluh juta dollar. Sebelum ini, tasik itu juga pernah dikeringkan kerana dicemari. Menurut pihak berkuasa, mereka terpaksa melakukannya kerana tidak mahu penduduk meminum air yang dicemari oleh kencing manusia. Tindakan remaja yang membuang air kecil ke dalam tasik itu turut dirakam oleh kamera CCTV.

Sumber: Telegraph
Edited by Edisi Blogger

P/s: Ini lah yang dinamakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Lagi Info Menarik:


Romeo dipenjara kerana 'terlalu bagus melakukan hubungan seks'

Seorang lelaki Itali bernama Romeo Artemio Lori, 42, telah dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengganggu ketenteraman awam. Romeo didakwa selepas sekurang-kurangnya 12 daripada jirannya mengadu tentang teman wanita Romeo yang sering 'meraung' dengan kuat semasa mereka melakukan hubungan intim dan ianya berlarutan sehingga sejam. 
Dipenjara kerana seks bagus? (sekadar gambar hiasan)
Menurut laporan yang dipetik di Metro UK lagi, Romeo mengatakan bahawa dia dihukum kerana dia 'terlalu bagus melakukan hubungan seks'. Romeo juga dikatakan akan membuat rayuan.

Sumber: Metro UK
Edited by Edisi Blogger


Khamis, 17 April 2014

Takziah! Karpal Singh maut dalam kemalangan ngeri

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri yang berlaku berdekatan Gua Tempurung, awal pag hari ini, 17 April 2014.



Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini sedang menaiki sebuah kereta MPV yang kemudiannya melanggar sebuah lori lima tan di laluan Lebuhraya Utara Selatan. Kemalangan itu turut membunuh pembantunya, Micheal Cornelius, 39 tahun. Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian yang berlaku sekitar jam1 pagi itu. Manakala tiga lagi penumpang lain yang terdiri dari anak lelaki Karpal, Ramkarpal, pemandu C Selvam, dan pembantu dari Indonesia, mengalami kecederaan.

Menurut laporan awal, lori tersebut dipercayai mengubah laluan tanpa memberi isyarat awal. Kereta MPV jenis Toyota Alphard itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri kes mahkamah.

Kamatian Karpal disahkan oleh anak sulungnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, melalui akaun Twitternya awal pagi hari ini.

Mayat Karpal dan pembantunya itu kini dihantar di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan jenazah mereka akan dibawa pulang ke rumah bekas pengerusi DAP itu di Georgetown pada jam3 petang hari ini.

Karpal meninggalkan seorang isteri, Gurmit, dan lima orang anak. Pengkebumian jenazah akan dilangsungkan pada hari Ahad ini.

Sementara itu, ramai yang telah menghantar ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuklah dari Perdana Menteri sendiri. Najib melalui laman Twitternya berkata, "I have just landed at Ankara when I heard the news that YB Karpal Singh died in a road accident . My condolences to the family,".

Sebelum ini, Karpal Singh juga pernah terlibat dengan kemalangan kereta pada tahun 2005 sehingga menyebabkannya lumpuh dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda. 

Sumber: Says
Edited by Edisi Blogger

Lagi Info Menarik:

Rabu, 16 April 2014

Video Teresa Kok dan anak saudara diragut

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengalami detik cemas apabila dia bersama dua orang anak saudaranya menjadi mangsa ragut. Hampir keseluruhan kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera CCTV yang berlaku di Taman Rainbow, Off Batu 4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 13 April lalu.
Teresa Kok diragut..
Menurut laporan polis, Teresa yang sedang menemani dua anak saudaranya yang masih kecil untuk berjalan-jalan di sekitar perumahan kira-kira jam7 petang telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal. Kedua lelaki tersebut dipercayai adalah lelaki India yang cuba meragut rantai leher Teresa. Mangsa yang mengelak kemudiannya terjatuh dan terus menjerit.



Dari sudut rakaman lain, seorang dari lelaki itu jelas cuba mengejar ahli parlimen DAP itu.


Walaubagaimanapun, dua peragut itu terus memecut lari selepas melihat sebuah kereta lalu di kawasan tersebut. Menurut mangsa, dia percaya bahawa kedua peragut itu adalah berpengalaman kerana mereka sangat cepat bertindak.

Sebelum ini, Teresa Kok pernah dikecam hebat di Parlimen oleh Bung Moktar kerana isu pemakaiannya yang kurang sopan. Ada kaitan ker? atau sekadar kebetulan?

Sumber: Says
Edited by Edisi Blogger

Selasa, 15 April 2014

Penjelasan paling jelas terhadap isu lelaki lapor polis sebab azan terlalu kuat

Isu lelaki lapor polis kerana azan terlalu kuat
Aku tak olah apa-apa cuma kongsikan whatapps yang aku terima berkaitan satu kes yang gemparkan kita dimana seorang muslim membuat laporan berkaitan bunyi speaker masjid yang terlalu kuat di perumahannya. Ramai yang salah anggap dan ada individu tampil dengan kenyataan di bawah. Mari kita sama-sama baca dan bersangka baik.
Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan? 
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam. 
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi. 
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2. 
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah.
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yangsaya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.
~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Sumber: phat corner