Boros Di Aralom: Julai 2012

Selasa, 31 Julai 2012

Ady Putra ditipu pelaburan internet

Pelakon popular, Ady Putra.
KUALA LUMPUR: “Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31.
Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.

Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni. - Sumber: myMetro

Blog OhBulan sedia berdepan isu saman oleh bekas isteri Hattan

Hattan dan Farah Asyikin
Blog Hiburan Ohbulan bersedia berhadapan dengan kes saman yang bagi menuntut ganti rugi bernilai RM1 juta yang difailkan oleh bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman, 32, baru-baru ini atas dakwaan menyiarkan artikel fitnah mengenainya. Tidak cepat melatah dengan dakwaan itu, pihak blog memberitahu mereka telah menyerahkan perkara tersebut kepada penguam syarikat bagi menyelesaikannya.
Farah yang juga merupakan seorang peniaga menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Beliau mendakwa pada Januari lepas defendan (OhBulan) melalaui laman web www.ohbulan.com telah menerbitkan satu artikel yang mana antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.
Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.

Namun begitu, Ketua Editor blog berkenaan yang dikenali sebagai Hafiz atau Riz, berkata pada mulanya kekeliruan berlaku apabila pihak Noorfarashikin tersilap menamakan surat saman itu yang mana ditujukan kepada Driven Communication Sdn Bhd. Sedangkan syarikat yang menaungi OhBulan ialah M Driven Sdn Bhd.

"Sebenarnya surat saman itu sampai lewat kepada kami kerana ia dialamatkan kepada syarikat Driven Communication Sdn Bhd. Dan kami hanya mengetahui tentang surat saman tersebut sebaik dihubungi pihak 'company secretary', Kata Riz kepada MD ketika dihubungi.

"Apapun pihak peguam kami sedang membuat persiapan menyelesaikan perkara ini secara baik kes ini. Kami juga bersedia memohon maaf kepada Fara Asyikin di atas penerbitan artikel yang mungkin menyinggung perasaannya,"

Ditanya mengenai dakwaan menfitnah serta reaksi sebaik mendengar berita ini, Riz berkata, segalanya di serahkan kepada peguam bagi membuat penelitian, memperbetulkan apa yang tidak tepat iaitu dari segi alamat pada surat tersebut kemudian baru meneruskan pengumpulan maklumat serta ada beberapa tindakan ayang akan diambil nanti. Malah pihak Ohbulan menyatakan yang mereka mahu menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Dakwaan  mengatakan kami menfitnah beliau adalah tidak tepat. Kerana sebenarnya artikel terbabit terbit lewat sehari selepas kebanyakkan blog juga portal hiburan serta akhbar menerbitkannya.

"Sebagai wadah penerbitan online, kami sekadar melaporkan apa yang didengar, diperkatakan ramai diruangan internet serta apa yang berlaku. Kami tidak tuduh apa-apa. Kami tidak tahu kenapa kami saja yang didakwa sedangkan bukan kami yang menjadi sumber asal.

"Walau apa pun kami anggap apa yang belaku ini sebagai kurang bernasib baik dan kami bersedia menyelesaikan perkara ini tidak kiralah di luar mahkamah atau sebaliknya.

"Kami tidak melarikan atau menyembunyikan beriat kami disaman. Itu jelas membuktikan yang kami ikhlas mahu menyelesaikannya dengan cara baik dan memohon maaf", katanya lagi.

Mahkamah telah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan (OhBulan) menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes. - Sumber: MalaysianDigest


Ahad, 29 Julai 2012

Shevchenko Quits Football for Politics

KIEV: Ukraine legend Andriy Shevchenko (pic) announced his retirement from football and will now pursue a career in politics.
The 35-year-old has opted to bring an end to his illustrious playing career following Euro 2012, with two tournament goals in the 2-1 win against Sweden the striker’s final memorable moment.
The news was released by former club Dinamo Kiev, as the veteran bows out of the sport.

"Perhaps, I will shock everyone: my future has nothing to do with football. It is related to politics,” he told the Ukrainian club’s official website.

Shevchenko will be remembered predominantly for his time at AC Milan, where he won one Scudetto, one Coppa Italia and one Champions League title with the Rossoneri over eight seasons - including one loan spell - where he scored 175 goals in 322 games.

He had an ill-fated stint at Chelsea between 2006 and 2009, but still added FA Cup and League Cup triumphs to his medal collection, whilst he also won the Ukrainian Premier League five times.
Internationally, he represented his nation 111 times, scoring 48 goals. He won the Ballon d'Or in 2004. - Source: MalaysianDigest

Jumaat, 27 Julai 2012

‘Indonesia Darurat Tempe’, pengusaha hentikan pengeluaran

Tempe
JAKARTA: ‘Indonesia Darurat Tempe’. Demikian tajuk utama muka depan akhbar harian Media Indonesia pada Khamis, dengan gambar sekeping poster bertulisan tangan ‘3 Hari Puasa Tempe – Tauhu’ yang dirakam di sebuah pasar, di Tangerang, Banten.

Laporan itu menggambarkan tindakan pengusaha menghentikan pengeluaran tempe dan tauhu selama tiga hari mulai Rabu hingga hari ini, sebagai bantahan melambungnya harga kacang soya yang merupakan bahan utama penyediaan makanan tersebut. Bagi sebahagian besar rakyat Indonesia, tempe dan tauhu adalah hidangan wajib setiap hari yang juga sumber protein murah, namun sejak akhir-akhir ini pengusaha terpaksa menaikkan harga jualan kerana kenaikan harga kacang soya.

Kenaikan harga tempe dan tauhu itu menyebabkan sebahagian besar pengguna daripada golongan menengah dan bawahan kurang membelinya hingga menyebabkan pengeluar dan peniaga kerugian. Kelmarin ratusan pengusaha tempe dan tauhu di Sukoharjo, Surakarta Jawa Tengah mengadakan tunjuk perasaan, mendesak kerajaan menurunkan harga kacang soya yang melonjak dari Rp5,000 kepada Rp8,200 sejak kebelakangan ini. (Rp100 = RM0.033)

Sekumpulan pengusaha di Jakarta pula bertindak membuang tempe dan tauhu ke atas jalan raya sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga bahan mentah itu.

Beberapa pengusaha tauhu dan tempe di Tasikmalaya, Jawa Barat, pula memberhentikan sementara pekerja mereka dan ada dalam kalangan mereka sepakat untuk menutup perniagaan masing-masing jika harga kacang soya terus meningkat.
Dalam pada itu, ada pengusaha di Jakarta bersedia menyambung pengeluaran tempe dan tauhu mereka sekalipun harga kacang soya kekal tinggi selepas hari ini, namun akan dijual pada harga lebih tinggi.

Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian Hatta Rajasa pada Rabu menegaskan kerajaan akan menghapuskan cukai import lima peratus terhadap kacang soya mulai minggu ini hingga akhir tahun, dalam usaha menurunkan harga komoditi itu kira-kira Rp400 sekilogram.

Beliau berkata, Indonesia memerlukan 2.2 juta tan kacang soya setahun namun pengeluaran dalam negeri hanya sekitar 700,000 tan, memaksa mereka mengimport kira-kira sejuta tan bagi menampung keperluan.

Menteri itu juga meminta pengeluar tempe dan tauhu mengimport kacang soya secara terus dan tidak melalui pihak ketiga bagi mengawal harga menerusi koordinasi bersama koperasi, Kementerian Perdagangan, Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Kementerian Perindustrian. — Bernama - Sumber: Borneo Post

Ibu Muda Positif HIV Jual Anak Akibat Kemiskinan

KUALA TERENGGANU: Dek kerana desakan akibat kemiskinan selain positif HIV seorang ibu sanggup menjual anak kandungnya dengan harga  RM1,800.
Namun tindakan ibu muda itu untuk menjual bayi lelakinya yang ketika itu berusia beberapa bulan, berjaya dikesan Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Desakan hidup mendorong beliau mengambil keputusan tersebut apatah lagi bapa bayi malang itu tidak dapat dikesan selepas mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat sehingga wanita itu mengandungkan bayi berkenaan.

Nasib bayi malang itu bagaimanapun mendapat pembelaan KCT apabila mengetahui perkara itu lebih awal dan kini membela kanak-kanak tersebut sejak setahun lalu.

Presiden KCT Dr Mustapa Che Omar berkata bayi yang kini ditempatkan di rumah wanita dan kanak-kanak seliaan KCT di Ajil, Hulu Terengganu berada dalam keadaan baik.

"Setakat ini bayi ini masih sihat tetapi masih awal untuk kesan sama ada dia dijangkiti HIV atau tidak," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan di Hotel Primula di sini semalam yang turut dihadiri Presiden Majlis Aids Malaysia Datuk Dr Raj Karim.

Dalam pada itu, katanya penghidap HIV tidak wajar disisihkan oleh masyarakat kerana kebanyakan mereka menjadi mangsa keadaan sehingga mendapat jangkitan penyakit tersebut.

Sementara itu, menurut Dr Raj tindakan yang dilakukan KCT membela bayi tersebut dan penghidap HIV lain yang tidak mempunyai keluarga adalah tindakan terpuji bagi memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Dengan adanya pusat perlindungan seperti ini akan bantu mereka mendapat pendidikan, kaunseling dan dilatih dengan berbagai kemahiran," katanya. - Bernama - Sumber: MalaysianDigest

Khamis, 26 Julai 2012

Isu Debat: Datuk AC Mizal Kecil Hati Dengan Abby

Minggu lalu kecoh mengenai isu pelakon juga penyanyi Abby Abadi dengan pengacara popular Datuk AC Mizal dikatakan 'berperang' di laman Twitter Semuanya gara-gara apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato’ AC mencabar bekas ahli kumpulan Elite itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.
Berkesempatan bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, baru-baru ini, MD bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang berkenaan.

Bukan saja meluahkan rasa kecewanya, malah sebagai anak polis beliau menyifatkan tindakan Abby itu sebagai tidak sensitiviti dengan hal-hal sebegini.

“Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,” ulas Dato’ AC  mengenai isu tersebut.

“Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.

“Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

“Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.”

Ditanya juga adakah mereka berdua punya ruang untuk bermaaf-maafan sekaligus berbaik semula apatah lagi dalam kedatangan bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan, Datuk AC menjawab,

“Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,” ujarnya. - Sumber: Malaysian Digest

Bonus RM500 kepada penjawat awam, RM500 kepada pesara

Bonus untuk kakitangan kerajaan 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memberi manfaat kepada seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata pemberian bonus dan Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

“Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutama bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam. Omar turut berharap penjawat awam dan pesara kerajaan akan menggunakan pemberian bonus dan bayaran khas itu dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata bayaran khas itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap para pesara yang dahulunya pernah berkhidmat dan berkorban tenaga dalam proses pembangunan negara. Katanya ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang bersikap mulia dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam serta pesara kerajaan. Pesara kerajaan hendaklah menggunakan bonus secara berhemah dan berjimat cermat untuk melakukan perkara yang berfaedah, katanya.

Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, beliau menasihati mereka harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang dapat diterjemahkan untuk kejayaan negara. — Bernama - Sumber: Borneo Post

Selasa, 24 Julai 2012

6 keluarga tinggal sehelai sepinggang - rumah terbakar selepas bersahur

Keadaan rumah yang terbakar
SANDAKAN: Enam keluarga membabitkan 53 orang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Lupak Meluas Darat di Karamunting di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi kelmarin.
Salah seorang ketua keluarga, Seguin Nasrah, 59, ketika ditemui berkata kebakaran itu dipercayai bermula selepas mereka selesai bersahur.

“Selepas makan sahur, saya dan keluarga yang masih berjaga pada ketika itu dikejutkan dengan api kebakaran dari rumah jiran.

“Api merebak dengan begitu cepat berikutan kedudukan rumah yang sangat dekat. Dari apa yang kami dengar, api berpunca daripada kecuaian jiran yang tidak mematikan dapur gas,” katanya.
Meskipun rumahnya musnah keseluruhan, namun Seguin bersyukur kerana berjaya menyelamatkan dokumen penting selain kesemua lapan ahli keluarganya selamat.

Katanya, kesemua keluarga mangsa kebakaran kini menumpang di rumah keluarga dan jiran untuk sementara waktu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin ketika dihubungi berkata 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.22 pagi. Bagaimanapun, ketika tiba kira-kira 20 minit kemudian, enam buah rumah setinggan yang terlibat telah musnah keseluruhan dan pihaknya hanya memadam sisa api yang tertinggal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Wakil Rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya ketika melawat tempat kejadian berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan disalurkan secara berperingkat bermula kelmarin bagi meringankan beban mangsa.
Ia meliputi bantuan makanan bermasak selama tiga hari bermula kelmarin selain makanan mentah selama seminggu serta alat binaan rumah yang akan disalurkan pada Isnin. Selain itu, bantuan kewangan daripada Pejabat DUN Sekong akan disalurkan kepada keluarga mangsa terlibat juga pada Isnin.

Beliau turut meminta pihak kerajaan agar dapat menyediakan kawasan perumahan yang lebih teratur kepada penduduk di kawasan Sekong, yang pada ketika ini ramai yang tinggal di kawasan setinggan.
Katanya, kawasan rumah setinggan dibina agak rapat antara satu sama lain dan keadaan ini menjadi sukar apabila berlaku kejadian kebakaran. Selain itu, Samsudin meminta pihak bomba dan penyelamat untuk memastikan pili bomba yang ada di sesebuah kawasan berfungsi sepenuhnya.

“Saya mendapat aduan daripada penduduk di sini bahawa pili bomba tidak boleh digunakan. Ia menyukarkan penduduk serta bomba sukarelawan yang datang lebih awal. Mereka tidak dapat memadam kebakaran berikutan tiada punca air,” katanya. - sumber: Borneo Post

Selasa, 17 Julai 2012

Bila kambing dijadikan harimau, inilah jadinya

Kambing ini telah digayakan ala-ala harimau. (link)
Nadimah Deprizio sedang mengenakan sentuhan terakhir kepada 'Tiger Sheep' miliknya sempena pertunjukan fesyen kambing berbiri yang julung kali diadakan di Glenarm Castle, Ireland Utara, sebagai sebahagian daripada acara dalam Festival Dalriada. - The Telegraph

Isnin, 16 Julai 2012

Lelaki tanpa kaki tawan puncak gunung

Lelaki tanpa kaki ini, Chen Zhou, meraikan kejayaannya menawan puncak Junji Peak di pergunungan Songshan yang terletak di Dengfeng, China. Chen Zhou hanya menggunakan kedua belah tangannya untuk mendaki puncak tersebut selama tujuh jam. Chen kehilangan kakinya selepas terjatuh dari keretapi ketika beliau berumur 13 tahun. - The Telegraph

Anjing pun mahir bermain luncur air

Anjing pun dah pandai main luncur air. (sumber: The Telegraph)
Seekor anjing peliharaan kelihatan sedang bermain luncur air di pantai Sanya, China. - The Telegraph

Kontraktor meninggal dunia ketika sedang makan

KUCHING: Hasrat seorang kontraktor untuk mengadakan sesi barbeku bersama rakan dan keluarga malam kelmarin tidak kesampaian apabila dia mengembuskan nafas terakhir di sebuah kedai kopi di King Centre pada petang tersebut.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Alexander Cheyne, 39, sedang makan bersama pekerjanya ketika kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku. Menurut pekerjanya, mereka bercadang untuk membeli barang-barang untuk sesi barbeku di rumahnya selepas makan.

“Ketika kami sedang makan, dia tiba-tiba rebah di meja.

“Saya cuba menggoyangkan badannya tetapi dia sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya sambil menambah, dia tidak tahu sama ada mangsa mempunyai masalah kesihatan. Cubaan beberapa orang di kedai kopi tersebut untuk menyedarkan mangsa gagal.

“Tetapi dia pernah mengadu pening kepala dalam jangka masa seminggu ini tetapi tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Mereka seterusnya menghubungi polis dan ambulans dan dia disahkan meninggal dunia. Keluarga mangsa turut datang ke lokasi untuk membawa mayatnya balik ke rumah untuk tujuan pengebumian.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sementara itu, seorang pelajar berumur 19 tahun menemui rakan sama asrama dalam keadaan tidak bernyawa awal pagi kelmarin.

Insiden jam 5.30 pagi itu disedari ketika dia baharu bangun tidur dan hendak pergi ke bilik air.
Dia menjumpai rakannya yang dikenali sebagai Suhana Mandli terbaring dalam bilik air dengan kepalanya masih dalam sebuah baldi berisi air dan memaklumkan rakan serumah yang lain.
Laporan polis telah dibuat untuk tindakan seterusnya. - Sumber: Borneo Post 












Ahad, 15 Julai 2012

Buat swimming pool dalam bas mini

Memang kreatif mereka ini modify bas mini menjadi swimming pool. Dalam gambar di atas, Zhou Yuhang sedang bermandi di dalam kolam mandi yang telah dibuat oleh ayahnya di dalam bas mini mereka. Si bapa telah mengalihkan kerusi-kerusi dalam bas mini dan kemudiannya membalut ruang bas mini itu dengan plastik linen. - The Telegraph

Padah lori bawa muatan berlebihan

Lori lebih muatan
Ini lah akibat bila membawa lebih muatan. Kan dah kantoi..terperangkap bawah jambatan. Kejadian ini berlaku di Yanling County, terletak di wilayah Henan, China, ketika sebuah lori yang terlebih muatan membawa bongkah-bongkah sabun terperangkap di bawah jambatan. - The Telegraph

Sabtu, 14 Julai 2012

Bawa kambing bermain luncur air

Pismo dan Goatee bermain luncur air
Ada-ada saja pet owener ini buat kat kambing dia. Pemilik, Dana McGregor seringkali membawa kambing peliharaanya yang bernama Pismo dan Goatee untuk pergi bermain luncur air di pantai San Onofre State, California. Ketika Pismo dilahirkan, McGregor sudah mengajarnya untuk bermain luncur air. - The Telegraph

Jumaat, 13 Julai 2012

Jay Park Kempunan Nak Jumpa Datuk Lee Chong Wei?

Nampak seiras tak?
Sekitar Mei lalu, penyanyi sensasi ini datang sempena mempromosikan albumnya, New Breed sekaligus mengadakan showcase di KL Live. Dan MD masih ingat lagi, sewaktu berpeluang menemuramah penyanyi yang popular dengan lagu Girlfriend dan Know Your Name ini, Jay ada menyuarakan, kalau diberi peluang dia mahu juga berjumpa dengan Datuk Lee Chong Wei.

Kenapa? Sebab, selama ini dia sering mendengar peminat Malaysia berkata dia dan Datuk Lee 'kembar' disebabkan wajah mereka yang hampir seiras.

Jay Park juga mengakui wajah mereka hampir sama, saat ditunjukan gambar Datuk Lee Chong Wei, pada temuramah yang lalu.

Nak dijadikan cerita, semasa ketibaannya di lapangan terbang antarabangsa (KLIA), semalam, secara tidak di sangka-sangka Jay berselisih dengan Datuk Lee Chong Wei. Momen tersebut berlaku apabila Jay yang keluar dari balai perlepasan dan terus menuju ke van yang sudah menunggu. 

Dalam masa sama, di khabarkan wira badminton negara itu baru saja masuk di balai perlepasan dan berjalan menuju ke kaunter. Difahamkan Chong Wei dalam perjalanan untuk berangkat ke London sempena Sukan Olimpik.

Cuba bayang kalau Jay dan Chong Wei bertemu... Sayang, mereka hanya ditakdirkan berselisih. - Sumber: Malaysian Digest

Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu

Ni ke hantunya??? 
KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.

Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.

Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

“Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.

“Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.

Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. - Sumber: myMetro

PS: nampaknya pengasuh itu yang macam 'hantu'

Khamis, 12 Julai 2012

Dedah Rahsia, Nasha Aziz Berbicara Tentang Cintanya

Meskipun sudah melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.

"Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta", ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya. 

Pemilik nama sebenar Noraishah Abd Aziz ni ditemui di pelancaran produk GNC Live Well sempena memperkenalkan set minuman kolagen, 'LAC Taut', bertempat di hotel Double Tree, semalam.

Pada majlis tersebut Nasha diundang khas bersama dua lagi selebriti iaitu pelakon-model Alan Yun dan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi bagi menceritakan pengalaman mereka sebagai pengguna 'LAC Taut'.

"Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni.Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya", ujarnya.  

Tak Sempat Rasa Sunyi
Melihatkan 'supermodel nombor satu tanah air' ni tidak habis-habis menyebut perkataan 'cinta' sepanjang majlis, seperti biasa soalan wajib dikemukakan padanya, sudahkah dia menemui cintanya? 
Nasha menjawab, "(senyum) Saya masih mencari cinta sebenar. Saya mencari seseorang yang mempunyai matlamat dan kepercayaan yang sama dengan saya."

Menurut Nasha, dia tidak meletakkan sebarang target waima dalam usia sebegini, dia langsung tidak merasa bimbang dengan statusnya yang masih solo. Sebaliknya pelakon filem Cinta Luar Biasa ini menyerahkan segala pada-Nya.

"Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,"

"Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti, petahnya sambil tersenyum lebar.

Menurut Nasha lagi, walaupun hidup bersendirian dia gembira kerana sebetulnya dia tidak sempat merasa sunyi. Tambahan dengan kehadiran kawan-kawan sekeliling juga para peminatnya yang mencecah lebih 700, 000 di fanpage rasminya sekaligus membuatkan rutin hariannya terisi. 

"Saya rasa hidup saya penuh dengan warna. Saya ada kawan-kawan, berbual dan berkongsi rasa. Syukur saya ada peminat yang ramai. saya kongsikan hidup saya dengan mereka. Walaupun saya tak selalu balas kiriman-kiriman mesej peminat di fanpages saya, tapi mereka sentiasa menyokong dan memberi semangat pada saya. Mereka beri saya cinta dan saya menerima cinta. Jadi saya tak sempat pun nak rasa sunyi", katanya lagi.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai perkembangan karier, Nasha baru saja selesai menjalani penggambaran Stand By Me bersama produksi Indonesia. Antara pelakon Malaysia lain yang turut menjayakan telemovie tersebut ialah Jehan Miskin. 

"Baru saja habis shooting di Jakarta. Buat masa ni daya tidak menggambil job drama atau filem. Lagipun dah nak bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setiap kali Ramdhan memang saya akan perlahankan aktiviti seni dan lebih banyak luangkan masa dengan memenuhi aktiviti di bulan puasa, misalnya berbuka puasa bersama anak-anak yatim," ujar pelakon Super Mak ni mengakhiri perbualan. - Sumber: Malaysian Digest

Petronas temui simpanan minyak, gas terbesar di Sarawak

BINTULU: Petronas telah menemui simpanan minyak dan gas terbesar melalui penggerudian NC3 dan Spaoh-1 di Blok SK316 dan SK306 di luar pantai Sarawak yang sekali gus bakal merangsang peluang perniagaan dalam industri terbabit, kata Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing.

Katanya, pada Mac tahun lepas penggerudian NC3 telaga ‘wildcat’ telah membawa kepada penemuan Petronas kepada Blok SK316 dengan anggaran awal jumlah bersih simpanan di situ adalah sebanyak 2.6 trilion kubik kaki standard (tscf). Beliau berkata, setiap telaga digerudi dengan kedalaman hampir 4,000 meter di bawah paras laut.

“Hasil penemuan melalui keputusan ujian aliran pengeluaran ke atas telaga itu me-nunjukkan bidang teknikal berdaya maju.

“Telaga Spaoh-1 dengan kedalaman penggerudian 3,000 meter terletak di lokasi Blok SK306 yang digerudi pada Disember 2010 juga te-lah membawa kepada penemuan minyak dan gas di situ,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Teknologi Minyak Sawit serta Minyak dan Gas Antarabangsa Malaysia 2012 anjuran Fireworks Event (M) Sdn Bhd di Dewan Suarah Bintulu semalam. Katanya, syarikat minyak negara itu dilaporkan membuat penilaian masing-ma-singnya sekitar 100 juta tong minyak dan 0.2 tscf gas di kawasan itu.

“Kini telaga itu dalam persediaan untuk ujian penge-luaran. Penemuan ini diso-kong oleh strategi Petronas dengan memperhebatkan aktiviti penerokaannya di Malaysia dan dijangka meningkatkan penerokaan di kawa-san yang berpotensi di luar pantai Sarawak,” jelasnya.
Beliau berkata untuk tempoh tiga tahun akan datang, lebih 50 penerokaan telaga dijangka akan dilakukan membabitkan penggerudian luar pantai Malaysia oleh Petronas dan perkongsian pengeluaran dengan para kontraktor.

“Aktiviti hasil daripada penemuan itu dijangka akan merangsang peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas sekali gus mempromosikan pelaburan huluan dalam negara khasnya di Sarawak,” katanya.

Mengenai ekspo itu kata- nya, difahamkan sebanyak 130 pondok pameran industri didirikan yang disertai oleh syarikat industri tempatan dan luar negara membabitkan sektor industri minyak sawit, gas dan minyak antaranya dari Singapura, Brunei, Britain, China, India dan Amerika.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fireworks Event Jerel Soo berkata, ekspo itu tidak hanya mempamerkan tekno-logi dan produk terkini bah-kan memacu pertumbuhan industri dan pembangunan ke puncak yang lebih tinggi.

Katanya, ekspo itu adalah sebagai landasan kepada pe-nerokaan peluang perniagaan minyak sawit baharu, per-kembangan dan penembusan pasaran di Sarawak serta antarabangsa di samping hubungan kerja dalam industri berkaitan. - Sumber: Borneo Post 

Rabu, 11 Julai 2012

Disangka kayu rupanya buaya

Buaya yang berjaya ditangkap
TAWAU: Hasrat seorang pegawai ladang mengalihkan objek yang disangka kayu di tengah garaj keretanya terbantut selepas mendapati objek itu rupanya seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter. Aziz Djudja, 41, berkata kejadian itu menimpa dirinya di Kg Cina, Jalan Ranggu, Batu 8 1/2 lebih kurang jam 9.30 malam Ahad lepas selepas mengesyaki ada objek keras yang jatuh di tengah garaj keretanya.

“Pada mulanya, saya fikir ada objek seperti kayu yang jatuh di tengah garaj kereta dan tanpa ragu-ragu saya terus turun dari kereta untuk mengalihkan objek itu, namun terkejut setelah mendapati objek itu adalah seekor buaya,” katanya.

Menurut Aziz, dia terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang akan keselamatan dirinya, serta khuatir buaya itu akan mengganas dan melarikan diri.
Tambahnya, insiden berkenaan adalah pertama kali menimpanya selama mendiami kawasan itu semenjak 12 tahun lepas dan mengakui berasa pelik memandangkan jarak rumahnya dengan sungai terdekat adalah kira-kira satu kilometer.

Ketua Balai Bomba Tawau, Rudy Fredzek, yang dihubungi di sini kelmarin berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.51 malam dan menggerakkan sebuah jentera berserta enam anggota ke lokasi kejadian.

“Buaya itu bertindak ganas ketika cuba dihampiri oleh anggota kami hingga menyebabkan kepalanya terpaksa ditutup menggunakan kain sebelum dapat diikat dengan tali,” katanya.

Mengulas lanjut, Rudy menjelaskan bahawa pihak bomba telahpun membawa liar itu ke Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya, dan beliau percaya buaya itu telah tersesat memasuki kawasan perkampungan berkenaan. - Sumber: The Borneo Post 

Cerai talak satu - Sasha enggan dedah punca

Perceraian kali kedua.
Selepas selama lima tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri, akhirnya rumah tangga yang dibina antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 36, dan Salyo Priyanto, 37, terlerai selepas mereka sah bercerai, semalam.

Memetik kenyataan di mStar, bekas anggota kumpulan Elite ini bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar masalah rumah tangganya dengan bekas suami, Salyo Priyanto sehingga menyebabkan kepada penceraian.

Sasha berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana ingin menjaga nama baik bekas suaminya itu dan perpisahan mereka juga dibuat secara baik.

"Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai.

"Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua," ujarnya.

Tambah Shasha, atas alasan itu juga dia memohon kepada mahkamah untuk membenarkan dia memberikan sebab perceraian mereka menerusi nota bertulis kepada hakim tanpa perlu mendedahkannya di dalam mahkamah secara terbuka.

"Sejujurnya saya tidak tahu cara itu boleh digunakan dan bersyukur kerana hakim menerima nota itu tanpa perlu saya mendedahkan sebab dan punca mengapa saya memohon untuk bercerai," katanya lagi.

Salyo melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian. - Sumber: Malaysian Digest

Selasa, 10 Julai 2012

Kaedah baru curi elektrik dibongkar

Curi elektrik satu jenayah. (gambar hiasan)
KUCHING: Kaedah terbaharu kecurian elektrik menerusi paku berjaya dibongkar oleh Syarikat SESCo Berhad (SESCo) ketika operasi pemeriksaan meter di kawasan perumahan Semariang di sini baru-baru ini. Menurut kenyataan akhbar semalam, satu daripada sistem pendawaian meter rumah didapati disambung secara haram menggunakan paku sebelum meter SESCo.

“Tindakan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan percikan elektrik serta kebakaran ke atas harta,” jelas kenyataan tersebut. Seramai 60 ahli teknikal dan pembantu polis terlibat dalam pemeriksaan meter berkenaan. Daripada 745 meter yang diperiksa, 18 peratus daripadanya didapati mencurigakan.

Berikutan jumlah yang agak membimbangkan, SESCo akan meneruskan operasi pemeriksaan meter di kawasan berkenaan secara kerap terutama rumah-rumah yang pagar berkunci. Selain mengenal pasti pencuri tenaga, ahli-ahli teknikal turut menyemak keadaan pendawaian meter untuk memastikan ia selamat digunakan.

Dalam kes berasingan di Sarikei, SESCo mendapati penyambungan haram kabel secara terus dari pendawaian utama SESCo kepada unit pendingin hawa dalam bilik tidur utama. Susulan itu, SESCo menggesa orang ramai agar tidak mempercayai penyedia perkhidmatan yang tidak sah atau mana-mana individu yang mengaku adalah wakil daripada SESCo yang menawarkan elektrik dengan yuran tertentu.
Mencuri elektrik boleh didakwa di bawah Seksyen 33 (5), Ordinan Elektrik dan denda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Sebarang maklumat atau kecurigaan boleh hubungi SESCO di talian 082-443535. - Sumber: The Borneo Post

Isnin, 9 Julai 2012

How to Get Free Money Opening a Bank Account

AmBank Cardholder? You could receive the New iPad! profile image
Win these at AmBank now
The concept of handing out cash is not exactly a typical business model for successful banks. However, in an attempt to attract new customers, many banks have started offering bonus promotions. In exchange for opening new accounts, some banks are offering free money for customers. Of course, the money frequently comes with stipulations, such as a minimum starting balance or specified length of time that an account remains active. Failure to meet any specified stipulations may result in a forfeiture or partial loss of promotional funds.

1. Research current bank promotions. Like any special, bank promotions are often short-lived. Check expiration dates and follow up with banks who offer promotions that you are interested in, to ensure that their promotions are still current. If a promotion expired, ask the bank if they know of any future promotions on the horizon, or whether that same promotion might be offered again.

2. Compare bank rates and reputations. A promise of free money might make a bank enticing, but know that after the promotion, you will need to trust that bank with your money. Research customer reviews as well as rates on savings accounts, auto loans and mortgages. If you have to open a checking account, see if that bank charges a fee or offers free checking. If you're paying $10 a month in checking fees, a $50 bonus will be lost after just five months.

3. Select a bank promotion and carefully read the fine print of the offer. Most banks will require that you open an account with a minimum balance and leave your account open for a certain period of time. If you find anything odd or concerning in the fine print, be sure to ask a bank representative before you open your account. You do not want to transfer all of your money into a new bank, only to find out that the promotional money you anticipated is not available to you for whatever reason.

4. Open your bank account and begin evaluating your enrollment. If you believe that your transition went smoothly and you anticipate leaving your money in the bank for a long time, you can look into referral bonuses. In addition to offering free money to new customers, many banks also pay free money to existing customers who refer friends and family. Referral bonuses are generally smaller than new account bonuses, but you have the opportunity to refer multiple people for multiple bonuses. For example, if your bank offers a $25 referral and a $100 new customer bonus, and you proceed to refer 10 customers, then each of your friends net $25 while you get an extra $250 free. Of course, banks have restrictions on referral bonuses as well, but free money is free money. - Source : eHow 

In Malaysia, try AmBank. Right now they have new promotion. No slogans, no lucky draws involved... If you're an AmBank/AmIslamic Bank Card user, you could be entitled to these gifts - 20 new iPads & 4000 Canon Printers! Visit AmBank for future details.  



Cuba bunuh diri kerana tertekan dituduh mencuri

Sekadar gambar hiasan
LIMBANG: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau pemotong daging dipercayai akibat tertekan selepas dituduh mencuri barang antik di kedai majikannya. Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa mengalami empat jahitan di tangan sebelah kiri selepas cuba mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri.

“Sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah syarikat di sini  turut bekerja membersihkan rumah majikannya yang terletak di belakang kedai terbabit.

“Dua tiga hari lepas, majikannya ada  bertanya kepada mangsa mengenai kehilangan beberapa barangan antik di rumah tersebut.

“Lelaki terbabit berasa tertekan kerana majikannya akan membawa mangsa ke balai sekiranya barangan yang hilang tersebut tidak dijumpai,” kata Bukhori  semalam. Bukhori berkata lagi lelaki itu cuba membunuh diri dengan mengerat tangannya menggunakan pisau pemotong daging sepanjang 30 sentimeter dan selebar lima sentimeter.

“Dalam insiden itu lelaki itu bernasib baik kerana pisau terbabit tidak terkena urat nadinya dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya laporan polis diterima selepas dimaklumkan pihak hospital berhubung insiden itu petang kelmarin. - Sumber: The Borneo Post

Penyokong kecewa dengan sikap FAM berkenaan isu lebih umur pemain Myanmar

Ultras Malaya
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.

Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan. “Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja. 
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.

“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.

Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong neger-negeri seluruh Malaysia.

“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali. 
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”

Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”

Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.” - Sumber: Berita Harian