Aku tertarik la dengan cerita MyMetro hari ni pasal AC Mizal menjawab kritikan, ugutan, dan fitnah yg dilontarkan kepadanya terutama dari penulis-penulis artikel dan bloggers pasal syarikat ACK yang kononnya mengamalkan bisnes MLM tanpa lesen. Ni la yg dikatakan "you attack, i defence and now it's time for me to attack, you defence"..
"1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
5) Gelaran Datuk
Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.
Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”
myMetro | AC jawab dakwaanApa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
5) Gelaran Datuk
Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.
Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”
Ni AC Mizal pulak nak attack blogger yang berkenaan terutama penulis blog yang menggunakan nama Aidid M,u’addib, AC menganggap mereka sebagai pengecut. Atas dasar ‘berani kerana benar’. Hah, lepas ni meningkat sakan la trafik ke blog tu agaknya..korang nilai la sendiri tentang kes ni. Apa yg penting, tepuk dada tanya selera. Bagi sy bila dua-dua pihak dah menampilkan bukti dan penjelasan masing-masing, agak sukar juga nak nilai mana yang betul mana yang salah kan. Sy ni tak main la dgn MLM smua tu. Itu hanya utk mereka yang benar-benar berjiwa MLM. Ada yg cakap senang tp bila dah masuk, susah pulak nak hidup. Org atas senang lenang, orang bawah terhimpit. Begitulah senarionya.
7 ulasan:
biz selalu kena attack :P
I think, metro should do their homework. and U just wondering that, kenapa only metro yang berminat nak cerita pasal die ek ? ;)
Sekeping Hati itu milik Tuhan
mana tu gelang??
Kreatifbuzz | Laman kreatif untuk apa saja
memang ada desas desus yang sebelum ni cakap ac dah jadi along plak selain isu gelang tu.....apa pun kita sebagai pengguna mestiler bijak sebab pilihan adalah di tangan anda......
macam-macam..
tp betul ke gelang tu murah je?hmm
gelang?huhuhuhu
btw,aku tetap tertanya-tanya pasal die dpt datuk dr 1st kua brita dkt paper smpai laaaniii..pekehalnye la kasi Datuk?ape sgtla sumbangannya..pelik2..artis diagung-agungkan...wadde~~ dunia2
mmg pening tgk benda nie..x taw ler sapa yg btol..huhu
Catat Ulasan