Baru baca 2 Slide dah menguap | Boros Di Aralom

Jumaat, 5 November 2010

Baru baca 2 Slide dah menguap

Haih..ni la masalahnya bila nak start study. Apalagi bila subjek tu adalah subjek yg kita tak brapa minat. Tapi kalau tak baca nanti merana pulak masa nak jawab soalan final exam. Kenapa ya terjadi macam ni?? Tadi ada la aku buka slide lecturer tuk subjek Ujian dan Pengukuran..nak revise katakan..tapi bila sampai slide ke-2 je aku dah menguap melopang mulut. Lama lagi tu..sedangkan aku baru bangun tidur, baru gosok gigi, baru cuci muka, baru segarkan diri..Tuk pengetahuan kitaorang, subjek ni memang kira killer subject la katakan. Susah nak score. Tambahan pulak, lecturer dia tu memang strict but bagus la kalau strict kan..boleh buat kitaorang lebih berusaha. Mungkin sebab ni la sy rasa tension sikit nak baca nota. Anyway, kena share juga la apa yg sy dah baca kan. Sebab post2 sy sekarang kebanyakkanya pasal study week blogging as i mentioned before.
Subjek: Ujian dan Pengukuran
Preview Tajuk: The Process of Test Development


Pembinaan sesuatu Ujian
Terdapat dua jenis item soalan yang biasa digunakan dalam ujian iaitu item2 banyak pilihan (Multiple-choice items) dan item2 yg meminta respon (sonstructed response). Jenis 1 tu biasa je la, mcm jawab A B C atau pilih setuju, sederhana, atau sangat tidak setuju. Jenis 2 itu pulak lebih kepada soalan esei, soalan short-answer atau soalan yg memerlukan demostrasi konkrit tentang sesuatu kemahiran. Jenis item 2 ini menilai keupayaan seseorang itu secara lebih luas dan mendalam lagi.

Penulisan item
Terdapat beberapa isu dlm penulisan item ini seperti kepanjangan item, penggunaan perkataan, status akademik, sexist, racist atau penggungaan bahasa yg keterlaluan. Tu pasal la bila kita jawab sesuatu questionnare, kita slalunya akan keliru dgn beberapa no. soalan yg diberikan. Akibatnya, kita main tembak je la jwapan atau tak menjawab langsung soalan itu.

Bla bla bla bla....sy nak sambung study dulu...tengok la..sikit je sy tulis kat blog ni kan.. pasal dah menguap la ni..haihhh..

2 ulasan:

Glay David berkata...

woohoo~ serius gila~ sy pun naik takot >_<
neway, all the best for your exam babe ^_^

ellah sun berkata...

the blog looks so interesting with all the colors and some English introductions...
I wish they were all in english though! I would live to come here more often...
guess your the kind of blogger who really have something to say huh!
good luck!

and oh! I'm ellah, if you have time check me out in my new blog... kindah new would appreciate an additional flag of a visitor though... thanks

http://ellahsun.com/