10 sikap lelaki idaman wanita | Boros Di Aralom

Sabtu, 9 November 2013

10 sikap lelaki idaman wanita

Setiap wanita pastinya mempunyai lelaki idaman yang mempunyai ciri-ciri atau sikap tertentu. Berikut adalah 10 sikap lelaki idaman wanita. Credit to Dunia Jijah for this list.


1. Komunikasi : menurut hasil yang boleh di percayai, wanita memerlukan lebih banyak masa untuk bercakap dan di ajak berbicara berbanding dengan lelaki. Wanita menyukai lelaki yang suka berkomunikasi dan selalu ada bahan perbualan yang menarik. Lelaki yang humoris tentu saja akan dapat nilai bonus or plus++ di mata wanita.

2. Perhatian : wanita menyukai lelaki yang penuh dengan sifat perhatian. Perhatian yang tulus boleh membuat wanita merasa dihargai dan disayangi.Apa lagi kalau perhatian itu disampaikan pada saat yang tepat, perhatian yang biasa-biasa saja pun boleh meninggalkan kesan yang tak terlupakan..

3. Pengertian : lelaki yang pengertian tidak suka memberi ceramah panjang lebar, memasang wajah muram atau marah besar untuk mengubah kebiasaan buruk kekasihnya..Lelaki haruslah memberi pandangan yang sewajarnya jika ingin merubah sikap kekasihnya.

4. Tegas : wanita memerlukan seorang pendamping yang boleh bersikap tegas dan boleh mengambil keputusan.. Lelaki yang tidak tegas, ragu-ragu dan susah mengambil keputusan biasanya susah atau kurang dihargai..

5. Tabah (tegar) : wanita mengagumi lelaki yang bersikap tegar dan berjiwa besar. Ketabahan tidak kelihatan ketika segala berjalan lancar, justru ia diuji ketika ada masalah, ketika hubungan terancam putus, dsb. Lelaki yang mudah menyerah, putus asa adalah tidak menarik bagi seorang wanita..

6. Menghormati Wanita : wanita akan hormat kepada lelaki yang menghormatinya. Bila wanita rasa di hormati? Ketika dia dibukakan pintu dan dipersilakan masuk dulu, ketika lelaki mengambil alih barangan yang berat yang sedang dia bawa, ketika dia tidak dibiarkan menunggu lama, ketika dia dipuji didepan orang lain..dsb..

7. Melindungi Wanita : Meskipun suka dilindungi, namun wanita tidak menyukai perlindungan yang over dan kaku. Wanita tidak merasa dilindungi bila kemana-mana selalu dikawal, diawasi atau dimonitor meskipun dengan dalih demi keselamatanmu.Wanita menghargai perlindungan yang lembut. Misalnya, berjalan atau menyeberang pada posisi aman, ditemani ketika dia merasa ketakutan, dihantar ke doktor ketika dia sakit, didampingi ketika dia naik jet coster, dsb

8. Menghargai Wanita : Wanita ingin dihargai dan diperlakukan oleh kekasihnya. Dia tidak suka mendampingi lelaki yang berkesan tidak terlalu menghargainya. bila dia merasa dihargai? Ketika dari luar kota Anda meneleponnya dan bilang Aku merindukanmu, ketika Anda meminta pendapatnya, ketika Anda tidak menyembunyikan seseuatu dengan alasan itu urusan lelaki.. dsb..


9. Simpatik : Lelaki yang simpatik tidak hanya bersikap baik kepada kekasihnya, tapi juga kepada keluarga kekasihnya, kepada teman-temannya dan kepada orang lain. Dengan demikian dia membuktikan bahawa kebaikannya bukan sandiwara atau lakonan, tapi benar-benar kebiasaan dan sifatnya.

10. Romantis : lelaki yang romantis biasanya bersikap manis, memperlakukan kekasihnya dengan lembut, memanggilnya dengan sebutan yang romantis, memberi bunga pada hari-hari spesial, dsb. Meski tidak setampan Tom Cruise, Brad Pitt dan selembut Richard Gere, setiap lelaki perlu belajar untuk bersikap romantis. Mengapa? Karena lelaki yang romantis adalah lelaki idaman wanita.

Wah, memang bertuah seandainya dapat berkhawin dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri idaman. Tapi harus diingat juga bahawa kalau dah jodoh, anda perlu terima si dia seadanya walaupun mungkin dia tidaklah sesempurna apa yang anda idamkan selama ini. Kadangkala perbezaan yang ada pada pasangan itu akan memberi mereka ruang untuk lebih bertoleransi antara satu sama lain dan 'to complete each other'.

>> Anda kira lah jumlah rambut pada berus gigi ini. Boleh menang Samsung Galaxy Zoom lagi tau..


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...