3 Adun Sabah tinggalkan Pakatan Rakyat jadi ahli Bebas Pro-BN | Boros Di Aralom

Selasa, 5 November 2013

3 Adun Sabah tinggalkan Pakatan Rakyat jadi ahli Bebas Pro-BN

Belum pun sampai 6 bulan pilihanraya ke-13 berlalu, nampaknya sudah ada beberapa Adun Sabah yang dah menjelma jadi 'katak'. 3 Adun Sabah yang terlibat ialah Adun Kedamaian, Jeremy Malajad yang keluar dari PKR, Adun Matunggong, Jelani Hamdan (keluar PKR) dan Adun Luyang, Hiew King Cheu (keluar DAP). Mereka yang keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat ini kini menjadi adun bebas yang pro-BN.


Menurut sumber di Daily Express, tindakan mereka keluar PKR adalah kerana pelbagai sebab. Pertama, PKR 'miskin' dan tidak mungkin boleh membantu mereka membangunkan kawasan masing-masing. Contohnya Adun Kedamaian yang kononnya mahu membuat pembangunan mengikut kehendak pengundi-pengundi yang sudah memberi mandat kepadanya. Kata si adun kadamaian lagi, pembangunan hanya berlaku jika bersama dengan BN yang banyak duit ini, jadi dia terpaksa keluar PKR. Memang sah-sah dia sudah kena 'beli'. Kedua, mereka tak puas hati dengan pemimpin utama PKR Sabah iaitu Datuk Lajim Hj. Ukin yang kononnya dikatakan meminggirkan kaum Kadazan Murut Dusun (KDM) dalam jawatankuasa kepimpinan PKR negeri. Padahal adun-adun yang keluar parti ini ada ditawarkan jawatan tinggi seperti naib Pengerusi dan Ketua Penerangan tapi mereka tolak. Tamak a.k.a 'tamaha' punya pasal lah ni. 

Oh my YB...banyaknya 'katak' di negeri bawah bayu tercinta ini..tapi nilai lah sendiri..'katak' mana yang berkualiti, yang melompat bila plilihanraya hanya tinggal 6 bulan? atau katak yang melompat selepas baru 6 bulan menang pilihanraya?? Bagi saya, dua dua pun tak bagus...tiada pendirian langsung..pui! paling kuat lah kamu berbunyi masa hujan kan...kena makan ular baru tau

P/s: Betrayed voter here!