5 Cara kumpul duit untuk kawin | Boros Di Aralom

Sabtu, 16 November 2013

5 Cara kumpul duit untuk kawin

Bagi mereka yang nak kawin cepat, duit memang menjadi masalah. Oleh itu kalau anda ada hati nak kawin, eloklah kumpul duit kawin dari awal. Berikut adalah beberapa cara atau tips kumpul duit untuk kawin. Tips ini sangat berguna tak kira anda ini lelaki atau perempuan.

1. Buat bajet bulanan
Siapa yang masih belum pandai buat bajet? Alaa, catat saja perbelanjaan keluar masuk anda tiap bulan. Kalau perbelanjaan anda itu boros macam yang BN buat, alamatnya, sampai ke tua lah tak merasa naik pelamin. Melainkan kalau anda ni anak tauke balak. Boleh mintak duit bila-bila masa. Tapi kalau hidup makan gaji, faham-faham je lah. Kalau nak tegok contoh bajet yang sesuai untuk orang makan gaji, boleh tengok contoh Simple Low Income Budget ini.

2. Guna tenaga utiliti (elektrik, air) secara berhemah

Biasanya, salah satu benda yang sering buat kita pening kepala ketika hujung bulan ialah bil-bil yang bakal dibayar. Kalau anda ni tinggal kat Malaysia, dah tentu anda tahu yang kita tak perlu bayar bil elektrik kalau jumlah penggunaan kurang dari RM20. So, kalau nak lari dari bayar bil, pastikan bila keluar rumah, semua plug sudah ditutup, lampu neon pun pasang dua tiga jer, gunakan lampu neon yang jimat elektrik. Dan yang penting, jangan biarkan televisyen menonton sofa anda. Kalau bil lebih mahal, kongsi-kongsilah bayar kalau anda tinggal dengan orang lain dalam rumah tu.

3. Masak sendiri

Kalau setiap hari anda makan McD atau KFC, bukan saja membazir duit malah membahayakan kesihatan. Kenapa tidak anda masak sendiri saja kat rumah? bukan saja menjimatkan malah meningkatkan kemahiran memasak anda. Nanti bila dah kawin nanti boleh lah tolong masak untuk isteri dan anak-anak pulak. Oh ya, anda juga boleh menyediakan bekalan sendiri ke tempat kerja.

4. Gunakan pengangkutan awam

Alaa, tak macho lah tengok lelaki yang naik bas awam ke tempat kerja. Apa kelass naik bas??  Mesti banyak yang terfikir macam ni kan. Tapi tahukah anda bahawa menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan ke tempat kerja bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran dan mengurangkan kesesakan, ia juga membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan anda. Bayangkan, orang yang ada kereta terpaksa membayar CCM kereta dan bayar isi minyak. Belum termasuk insuran, road tax, dan kos maintenance lagi tu. Tak pasal-pasal nanti semua duit gaji masuk poket kereta pulak dah. Dan lagi satu, kalau guna pengangkutan awam, anda boleh cuci mata lagi, mana tau boleh jumpa si jantung hati masa naik bas. Who knows...

5. Membeli belah secara berhemah

Hanya beli benda yang anda perlukan dan mustahak dalam hidup anda. Bukan bermaksud anda 'give-up' semua benda lain yang anda impi-impikan seperti kereta Ferrari, cuma berikan lah dulu keutamaan kepada yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang lebih penting. Kalau nak membeli belah sakan, elok shopping saja secara online. Jimat minyak dan tenaga gitu.

Kalau anda praktikkan tips-tips ini dan disertai dengan amalan menabung, memang anda akan cepat kumpul duit. Kalau nak tambah pendapatan bulanan selain berharap kepada gaji tetap, buatlah kerja sampingan. Paling senang, buat lah blog. Boleh juga jana pendapatan pasif.

>> Eh, anda ada menabung kat Maybank tak? Dengar kata bank ini banyak kelebihannya. Tengok sini

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...