1001 Kelegaan! Suspek bunuh pegawai AmBank berjaya ditangkap | Boros Di Aralom

Isnin, 11 November 2013

1001 Kelegaan! Suspek bunuh pegawai AmBank berjaya ditangkap

Ardi Hamza, suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai AmBank

Akhirnya suspek utama kes rompa dan bunuh pegawai AmBank sudah berjaya diberkas oleh pihak polis kelmarin. Menurut laporan, suspek bersembunyi di bangunan serta rumah kosong di sekitar Lembah Klang dan Johor untuk mengelak dari dikesan selama 19 hari dalam buruan polis.




Selain berusaha untuk bersembunyi, suspek juga dikatakan cuba untuk mendapatkan bantuan untuk memalsukan dokumen pasport dari sindiken pemalsuan dokumen bagi melarikan diri ke negara asal. Namun dengan kecekapan pihak polis, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 7 pagi kelmarin di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.


Ketika penangkapan dibuat, penduduk kampung jelas terkejut kerana tidak menyangka bahawa pembunuh paling dikehendaki itu sedang bersembunyi di kawasan mereka. Ini kerana kampung tersebut bukan lah 'laluan tikus; yang biasa dilalui oleh pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini.

Penangkapan ini juga sememangnya memberi kelegaan dan kepuasan kepada keluaga pegawai AmBank yang maut ditembak suspek pada 23 Oktober lalu.



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...