6 Manusia pelik yang berkhawin dengan haiwan | Boros Di Aralom

Khamis, 14 November 2013

6 Manusia pelik yang berkhawin dengan haiwan

Tak tahu nak cakap apa dah...manusia berkhawin dengan haiwan pun ada juga kat bumi ini.

1. Kanak-kanak berusia 7 tahun di India berkhawin dengan katak
Pada Januari 2009, dua orang kanak-kanak orang asli di India dikhawinkan dengan dua ekor katak dalam satu acara yang penuh ritual. Ianya dilangsungkan di sebuah perkampungan terpencil di Pallipudupet. Menurut kepercayaan mereka, acara ini bertujuan untuk mengelakkan penduduk kampung dari mendapat penyakit misteri yang berjangkit. (link)

 >> Penduduk orang asli memerlukan cahaya lampu. Mari sokong usaha MAYBANK ini untuk memasang lampu kat perkampungan orang asli di Kg. Chuweh

2. Lelaki tua berkhawin dengan anjing untuk mendapatkan 'tuah'
Pada tahun 2004, seorang lelaki tua berusia 75 tahun di Nepal telah melangsungkan perkhawinannya bersama seekor anjing. Tujuaannya ialah untuk mendapatkan 'tuah'. Namun demikian, nampaknya 'tuah' yang diharapkan tidak kesampaian apabila lelaki itu mati 3 hari kemudian. (link)

3. Lelaki Sudan yang dipaksa berkhawin dengan seekor kambing
Pada Februari 2006, seorang lelaki Sudan bernama Charles Tombe, dipaksa untuk berkhawin dengan kambing selepas kedapatan melakukan hubungan seks dengan kambing tersebut. Tombe juga terpaksa membayar 15,000 dinar (USD17) kepada pemilik kambing tersebut. (link)

4. Lelaki Jerman ini berkhawin dengan kucingnya
Pada tahun 2010 lalu, Uwe Mitzscherlich, seorang lelaki Jerman, mahu mengikat tali perkhawinan dengan kucingnya yang bernama Cecilia selepas doktor mengesahkan bahawa Cecilia tidak lagi dapat hidup lama kerana penyakit asthma. (link)

5. Lelaki India ini berkhawin dengan anjing untuk lari dari sumpahan
Ketika lelaki India bernama Selva Kumar ini berusia 18 tahun, dia telah membunuh dua ekor anjing yang sedang mengawan. Dia kemudiannya menggantung bangkai anjing tersebut di atas pokok. Sejak hari itu, Selva merasa sering sengsara secara fizikal. Kakinya mula cacat dan tidak dapat bergerak serta mengalami masalah pekak sebelah telinga. Seorang ahli sihir mengatakan bahawa Selva telah terkena sumpahan dan untuk membebaskan diri dari sumpahan tersebut, dia perlu berkhawin dengan seekor anjing. Pada November 2007, Selva mengahwini seekor anjing berusia 10 tahun yang dinamakan sebagai 'Selvi'. (link)

6. Wanita jutawan ini berkhawin dengan seekor dolphin
Pada Disember 2005, Sharon Tendler, seorang jutawan Britain, telah berkhawin dengan cinta hidupnya, seekor dolphin bernama Cindy. Tendler seringkali melawat dolphin yang dipelihara di sebuah resort mewah di Israel sebanyak dua hingga tiga kali setahun. Setelah sekian lama menghabiskan masa romantik bersama dolphin itu, Tendler kemudian mengambil keputusan untuk mengikat tali perkhawinan. Namun, perkhawinan mereka tidak kekal lama apabila Cindy menemui ajalnya pada 18 Jun 2006. (link)

>> Lebih baik bantu penduduk orang asli ini dapatkan cahaya lampu di kampung mereka. Tak semestinya anda beri wang ringgit, hanya sekadar share pun dah cukup. Sokong sekarang di sini..

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...