1001 Mistik! Bomoh kata dia berjaya tangkap hantu langsuir | Boros Di Aralom

Selasa, 26 November 2013

1001 Mistik! Bomoh kata dia berjaya tangkap hantu langsuir

Cerita mistik sepertu hantu dan jin memang antara topik kegemaran yang dibualkan oleh orang ramai tanpa mengetahui sama ada benda tu betul ker tak. Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengna misteri Villa Nabila yang di mana seorang remaja dikatakan hilang dalam rumah tu, padahal dia pergi kat rumah teman wanitanya. 

Terbaru ada pula sorang bomoh ni mendakwa bahawa dia sudah berjaya menangkap hantu langsuir atau hantu terbang yang dikatakan menjadi sebab kenapa orang kampung takut untuk keluar malam di kampung tersebut. Korang bacalah laporan dari Utusan Online ni.
PASIR PUTEH: Ketakutan penduduk di beberapa kampung di daerah ini untuk keluar rumah waktu malam berikutan tersebarnya cerita mistik mengenai hantu terbang atau langsuir berakhir apabila seorang bomoh tempatan mendakwa berjaya menangkap lembaga ghaib itu.
Langsuir (Gambar hiasan)

Cerita langsuir mengganggu penduduk Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang dan Gong Penaga, dekat sini turut tersebar menerusi laman sosial selain menjadi perbualan hangat di warung kopi.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang terbang dan mengilai dalam keadaan yang menyeramkan namun sebahagian lagi menafikan cerita yang sukar untuk digambarkan dengan pemikiran yang logik.

Bomoh mistik, Ramli Yusof, 41, mendakwa berjaya 'menangkap' empat langsuir selepas diminta penduduk yang diganggu oleh lembaga itu baru-baru ini.

Dakwanya, dua lembaga itu ditangkap di Kampung Gong Pasir dan satu di Gong Tinggi dan Gong Lapang dengan jelmaan lembaga berkepala, berambut panjang dan tingginya paras pinggang manusia.

"Saya tangkap langsuir dengan bantuan seorang rakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Ayat al-Quran digunakan dengan niat kebesaran Allah melebihi segala-galanya.

"Lembaga itu kini dipasung di satu tempat khas sebelum dihantar pulang ke tempat asalnya selepas 40 hari dari tarikh ditangkap," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Manak dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab. Rahman ketika dirujuk mengenai perkara ini mengakui kewujudan makhluk halus yang boleh menyerlah dengan pelbagai jelmaan namun menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub mempercayai kekuasaannya yang boleh menyebabkan berlakunya syirik. - Utusan Online

Daripada cerita pasal hantu, kan lebih seronok cerita pasal pengalaman masa kanak-kanak dulu. Cerita pengalaman seperti main kereta-kereta ker, main jongkang jongket ker, main galah ker, atau main 'tapuk-tapuk' or hide and seek. Kalau korang tengok pengalaman budak-budak ni masa kecil, budak-budak berangan nak jadi driver f1,  pastinya memori lampau akan terimbas semula. 


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!