4 Kisah misteri mengenai banglo Villa Nabila | Boros Di Aralom

Isnin, 18 November 2013

4 Kisah misteri mengenai banglo Villa Nabila

Har ini memang kecoh mengenai kes remaja hilang ketika memasuki banglo terbiar yang dikatakan 'berhantu' bernama Villa Nabila. Banglo ini memang terkenal dengan kisah misterinya di kalangan penduduk sekitar. Mungkin sebab nak tunjuk berani, budak-budak remaja itu sanggup memasuki banglo Villa Nabila tu. Banglo ini terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru.

Villa Nabila (Sumber: Google)

Berikut adalah 4 kisah misteri mengenai banglo Villa Nabila yang sering diperkatakan orang ramai sebelum ini.

1) Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. (link)

2) Pemaju banglo tersebut mendapat mimpi yang meminta agar dia menyempurnakan mayat-mayat kaum keluarga yang ditanam di dalam setiap kawasan rumah tersebut. (link)

3) Menurut cerita, kalau orang yang masuk ke dalam rumah banglo tu dalam angka genap, ianya akan bertukar jadi ganjil. Macam mana tu? Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. (link)

4) Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. (link)


**UPDATED: Terkini, remaja bernama Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16,  yang dilaporkan hilang sudah ditemui kembali. Rupanya dia pergi ke rumah kawan dia dan menurut laporan Malaysian Digest, dia bersama dengan teman wanita. Heboh satu Malaysia wei!!..

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari, pastikan anda LIKE Fanpage kami di Facebook!