1001 Kepalsuan! Mr. Bean dah mati kerana bunuh diri | Boros Di Aralom

Jumaat, 22 November 2013

1001 Kepalsuan! Mr. Bean dah mati kerana bunuh diri

Mr.Bean atau Rowan Atkinson menjadi mangsa terbaru 'internet hoax' yang menyatakan bahawa beliau sudah meninggal dunia kerana bunuh diri. Berita palsu ini tersebar luas di laman sesawang sosial seperti Twitter dan Facebook sejak beberapa hari lalu.

Penyebaran berita palsu ini turut mengandungi link aplikasi yang mengandungi virus. Menurut jurucakap Rowan Atkinson, dia menegaskan bahawa aktor itu masih hidup dan sihat. Tidak lama dulu pun, Mr. Bean turut menjadi mangsa media sosial yang mengatakan bahawa dia sudah memeluk Islam. Namun berita itu dinafikan.

Sebelum ini, dah ramai selebriti terkenal yang menjadi mangsa 'death hoax' seperti Justin Bieber, Eddy Murphy, Brad Pitt, dan Aaron Aziz juga. Jadi, untuk mengelakkan dari 'termakan' berita palsu macam ni, janganlah terlalu bergantung pada wall Facebook untuk mendapatkan informasi yer.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami!