Ramai yang dah tahu bahawa Lazada sudah mula menawarkan komisyen affiliate sehingga 8% sejak bulan Ogos yang lalu kalau tak silap saya. Menjana komisyen di Lazada memang mudah kerana produk yang dijual adalah dalam bentuk produk fizikal yang mana ianya sangat popular di kalangan online shoppers seperti telefon pintar, elektronik, tablet, kamera, pakaian, gadgets, produk kecantikan, produk kesihatan, dan sebagainya. Kalau anda biasa membeli belah kat shooping mall, membeli belah kat Lazada juga hampir sama.
Jadi bagaimana nak menjana komisyen dari Lazada ini? Jika anda belum lagi mendaftar sebagai Affiliate, anda perlu register dulu kat laman web Lazada. Ye lah, kena ikut prosedur biasa seperti anda menjadi affiliate kepada laman web lain. Lepas dah register, anda dah boleh mula buat promosi kat blog atau kat facebook. Kali ini saya nak kongsi 2 cara mudah menjana wang komisyen dari Lazada ini.
1. Kongsi produk di blog
Biasanya apabila saya mempromosikan sesuatu barang di Lazada, saya akan buat dalam bentuk senarai seperti dalam entri ini dan ini. Kalau ada rezeki, memang ada pembaca yang akan membeli produk yang kita kongsikan itu. Tak kira lah mereka itu pembaca tegar atau tetamu yang baru pertama kali datang ke blog kita. Dan sudah tentu, kalau anda inginkan komisyen yang tinggi, buat lah blog mengikut niche produk. Contohnya, kalau anda nak promosikan camera canon, buat lah blog yang hanya bercerita pasal kamera canon saja. Selain itu anda juga boleh tempek banner yang disediakan Lazada ke dalam blog anda. Kalau anda ini affiliate JomNiaga @ Ashadee, kerja-kerja macam ni memang sangat mudah untuk anda.
2. Kongsi produk di facebook
Nah, cara ini kena ikut peraturan sikit. Anda tak boleh promosikan produk di wall individu. Anda hanya boleh mempromosi di fanpage facebook seperti Fanpage blog anda atau Fanpage produk anda (if you have any). Kalau tak ada fanpage, boleh buat sekarang. Anda boleh rujuk Lazada Affiliate Program How to post on FB dalam bentuk PDF ini. Laporan ini menerangkan langkah demi langkah bagaimana nak post produk ke fanpage facebook anda. Tapi kalau nak tingkatkan jualan, fanpage anda kena ada banyak LIKE. Ye lah, LIKE di fanpage itu umpama 'email list'. Semakin banyak LIKE maka semakin besar prospek kita. Salah satu cara tingkatkan LIKE fanpage ialah dengan menggunakan teknik FB Ads. Dalam masa sehari boleh dapat sampai 1000 LIKE. Mereka yang LIKE itu bukannya robot tetapi pengguna Facebook yang aktif dan berminat dengan produk dalam fanpage kita. So, memang prospek itu adalah 'targeted'. Selain mempromosi produk Lazada, anda juga boleh promosikan produk sendiri yang berkaitan kelak.
Saya harap perkongsian pasal menjana wang komisyen sebagai affiliate Lazada ini bermanfaat untuk anda. Secara peribada, saya dah mendaftar sebagai affiliate Lazada sejak bulan September lalu tapi mula aktif mempromosi barang Lazada melalui blog sejak bulan Oktober. Fanpage facebook pula baru buat beberapa minggu lalu. Setakat ini adalah beberapa jualan yang berjaya dibuat terutama melalui blog. First time buat jualan itu memang hati ini sangat gembira dan ianya memberi kita motivasi untuk terus berusaha.
Notifikasi dari Lazada bahawa kita mendapat komisyen jualan |
Bila anda berjaya buat jualan kelak, anda akan mendapat notifikasi (only if you tick this notification in your Affiliate account) dari Lazada melalui emel macam kat atas ni..So, kalau anda nak buat duit tambahan, daftarlah menjadi affiliate Lazada dan mulakan promosi barang dari sana sekarang. Semoga berjaya!