10 Fakta tentang perkhawinan mewah Che Tah dan Zain | Boros Di Aralom

Rabu, 27 November 2013

10 Fakta tentang perkhawinan mewah Che Tah dan Zain

Pada 11 Disember 2013, pasangan sensasi, Rozita Che Wan (Che Tah) dan Zain Saidin akan melangsungkan perkhawinan yang dikatakan menerima tajaan sampai 13 juta ringgit. Ramai yang menyatakan bahawa inilah 'Wedding of the Year" pada tahun ini.

Zain dan Che Tah
Berikut adalah 10 Fakta tentang perkhawinan mereka ini. Dari hantaran sampailah ke majlis resepsi kelak. Info ini saya korek dari Malaysian Digest.

1. Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.

2. Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.

3. Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar peti 9 berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran misalnya, satu peti berisi baju lima persalinan. Tiga buah beg tangan. Serta 10 botol minyak wangi. Semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000

4. Wang hantaran daripada Zain kepada Che Tah sebanyak RM23, 200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain.

5. Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Tah bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

6. Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti.

7. Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernilai RM55,000.

8. Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000.

9. Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.

10. Sementara artis-artis yang akan membuat persembahan di majli resepsi seperti Sabhi Sadhi yang akan mendendangkan lagu 'Cinta Sesungguhnya' (kata Che Ta, lagu tersebut adalah lagu tema perkahwinan mereka). Selain itu, Ziana Zain, Ayu (OIAM) dan Dafi.

Selain itu, ketika ditanya mengenai gosip bahawa mereka terpaksa berhutang dengan bank untuk menampung kos perkhawinan ini, Che Tah menafikannya. Che Tah turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur sebab banyak pihak yang sudi menaja perkhawinan mereka termasuklah penajaan barang kemas bernilai 10 juta dari Habib Jewels.

Daripada korang terlalu layan majlis kawin mahal ini, kan elok juga bantu orang asli yang tak der lampu kat kampung pedalaman di negara kita. Mari sokong Maybank dengan projek HEART mereka tu. Dulu dah buat kat Kg. Chuweh. Lepas ni program HEART akan ke Pensiangan, Sabah, pula. Wei, kakak gua pernah mengajar kat area Pensiangan. Waduh!! kena naik bot dan masuk hutan untuk sampai kat sekolah pedalaman tu. Walaupun sekarang dah ada jalan raya tapi agaknya masih belum berturap. Kalau tunggu kera jaan negeri buat tiang letrik, memang mengambil masa yang lama. Memang patut program-program seperti yang dibuat Maybank ini diperbanyakkan. So, mari sokong HEART di laman web Maybank sekarang.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!