Jika anda merasakan bahawa haiwan tidak mempunyai perasaan dan emosi, kisah benar ini mungkin akan mengubah persepsi anda. Kejadian ini berlaku di wilayah Sichuan, China.
Kelihatannya, dua ekor anak anjing berusia dua bulan sedang 'berehat' di tepi jalan. Apabila dilihat secara dekat, salah seekor dari anak anjing itu rupanya sudah mati dan dipercayai kematiannya berpunca dari langgar lari. Namun, anak anjing yang seekor lagi masih setia di sampingnya dan tidak mahu berganjak.
Anjing berwarna kecoklatan itu tidak mahu beredar dan kekal menjaga saudaranya selama beberapa hari. Jika ada sesiapa yang datang dekat, anjing itu akan menyalak.
Walaupun satu lubang khas untuk menguburkan anjing mati tersebut sudah digali, namun anjing coklat itu tetap tidak mahu meninggalkan saudaranya. Dia malah terjun ke dalam lubang tersebut untuk bersama-sama dengan saudaranya itu.
Akhirnya pihak berkuasa tempatan telah mengambil anjing coklat yang 'patah hati' tersebut dan dijaga di sebuah pusat jagaan haiwan.
Adakah anda seorang yang mengambil berat tentang orang lain? Tunjukkan sekarang. Mari sama-sama sokong usaha Maybank untuk membawa cahaya lampu ke perkampungan orang asli ini. Kalau tak mampu membantu dengan wang ringgit, at least kita memberi sokongan moral kepada mereka. Nyatakan sokongan anda terhadap program HEART Maybank ini sekarang...tak der paksaan yer!
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...