5 Lagi pertandingan ratu cantik yang memang pelik | Boros Di Aralom

Selasa, 19 November 2013

5 Lagi pertandingan ratu cantik yang memang pelik

Beberapa minggu lalu, blog ini pernah menerbitkan entri mengenai 5 Pertandingan Ratu cantik pelik. Kali ini, saya nak berkongsi 5 lagi. Entri ini bukan bertujuan untu mengaibkan sesiapa. Hanya sebagai perkongsian informasi sahaja.


1. Miss Drumstick
Pertandingan ratu cantik ini tidak menitikberatkan rupa paras. Para peserta diadili berdasarkan bentuk kaki mereka sahaja. Muka mereka pula diselindungi oleh topeng turkey (ayam belanda). Ianya adalah sebahagian dari acara Festival Turkey Trot di Yellville, Arkansas, USA. (link)


2. Miss Beautiful Ape
Siapakah manusia monyet yang paling cantik kat sini? Hehe..sebenarnya pertandingan "Miss Beautiful Ape" ini dianjuran oleh personaliti tv dan radio, Gary Owens, pada tahun 1972. Tujuannya ialah untuk mencari pelakon dalam siri filem franchais 'Planet of the Apes' bertajuk 'Battle for the Planet of the Apes' yang kelima. (link)



3. Miss Tranz Brazil
Pesertanya hanya terdiri dari lelaki yang berjiwa wanita dan nak jadi wanita (pondan). Hadiahnya adalah pembedahan percuma untuk menukar jantina di Thailand. Walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang di Brazil, nampaknya penganjur tak kisah pun. (link)

4. Miss Perfect Posture
Pesertanya dinilai berdasarkan kualiti postur badan mereka. Tidak cukup dengan hanya menyukat ukur badan dan menimbang berat, mereka  juga turut diwajibkan mengambil x-ray untuk membuktikan postur badan mereka adalah yang terbaik. (link)

5. Miss Jail
Brazil memang terkenal dengan kecantikan para wanitanya. Mereka ada di mana-mana termasuklah juga di dalam penjara. Sebuah penjara di Recife, Brazil, telah mengadakan pertandingan Miss Jail untuk mengiktiraf kecantikan para penghuni penjara itu. 12 peserta telah diadili menerusi kecantikan, pengetahuan, dan rekod tingkah laku mereka dalam penjara. Hadiahnya termasuklah $1000 yang akan dideposit terus ke akaun bank penjara mereka. Selain Brazil, negara lain seperti Colombia, Lithuania dan Russia juga telah menganjuran pertandingan yang serupa. (link)


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari, pastikan anda LIKE Fanpage kami di Facebook!