Kereta saiz kecil dan kereta saiz besar mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut antara kelebihan kereta saiz kecil berbanding saiz besar.
1. Kereta kecil lebih jimat minyak lebih-lebih lagi kalau sering digunakan di kawasan tanah rata atau kawasan bandar.
2. Senang cari parking. Jadi tak perlu lah bazir masa cari parking kat mana-mana. Malah cepat nak parking.
3. Harga lebih murah. Lainlah kalau korang beli Mini Cooper atau Porche.
4. Mudah nak handle. Kereta saiz kecil biasanya mudah untuk dikawal dan senang nak elak dari bergeser dengan kereta lain. Tapi of course ianya bergantung juga dengan kemahiran si pemandu.
5. Senang dan murah nak maintain. Kalau kereta kecil ni pergi servis, murah jer. Nak tukar mana-mana part pun tak lah mahal sangat. Apa lagi kalau kereta tempatan.
Ni ada satu kereta bersaiz kecil yang memang cute. Tengoklah Picanto terbaru dari KIA kat Malaysia ni. Nampak macam Myvi terbaru tapi tak juga. Kereta kecil macam ni memang sesuai untuk orang bujang..hehe.
KIA Picanto |
Artikel seperti ini disiarkan setiap hari, pastikan anda LIKE Fanpage kami di Facebook!