11 Tips bagaimana mengatasi perasaan marah tahap gaban | Boros Di Aralom

Jumaat, 8 November 2013

11 Tips bagaimana mengatasi perasaan marah tahap gaban

Marah ke?? siapa yang tak pernah marah kat sini?? sy mengaku yg saya ni bukan lah jenis yg cepat marah tapi kalau nak main api dengan sy jangan lah cuba2 sebab pernah dulu sy baling abang kandung sy sendiri dengan keris taming sari disebabkan mereka mengejek sy 'buah nangka busuk' tp nasib baik la mereka tak kena...tu cerita dulu masa zaman budak2 hingusan la..huh..sekarang ni dah okay..Hah!! hari ni sy nak cerita sikit dengan korang ni macam mna nak menangani perasaan marah secara sihat..korang baca betul2 ya..


Marah ni satu masalah emosi yang timbul kerana tekanan. Berikut antara tips bagaimana mengatasi perasaan marah
- sedar yg korang sedang marah. Katakan pd diri 'saya sedang marah'
- bertenanglah. Count one to ten and tarik nafas sedalam-dalamnya mcm teh tarik.
- kenal pasti kenapa korang marah.
- cuba dengar penjelasan org lain.
- beredarlah jika tak dapat mengawal kemarahan.
- berbincang dengan org lain jika tak mampu mengendalikan kemarahan.
- memaafkan dan terima kenyataan bahawa manusia melakukan kesilapan.
- berfikiran positif
- jangan salahkan org lain jika berlaku kesilapan.
- dapatkan rehat dan tidur yg cukup
- carilah teman untuk meluahkan perasaan dan masalah.

Bila sy ingat balik masa sy budak2 hingusan dulu, teringat riak muka abang sy dan kawan2nya yg sedang ketakutan sampai bersembunyi dalam tandas busuk hanya kerana takut pada keris taming sari saya itu..huhu..sambil meraung-raung, sy cucuk2 pintu tandas dengan keris..nasib baik la mereka tak kena..ayat dari mereka ni je yang sy ingat sampai skarang.."MAAAFFF, KAMI TIDAK MAHU EJEK KAMU LAGI, PERGI LA SIMPAN KERIS TU. KAMU MAHU BUNUH KAMI KA? KASIHANI LA KAMI"..hahaha..sampai sekarang mereka tak lagi buli sy..


P/s: Entri ini adalah entri beberapa tahun lepas yang direfresh balik...

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...