5 Kisah haiwan yang ditangkap kerana melakukan jenayah | Boros Di Aralom

Sabtu, 23 November 2013

5 Kisah haiwan yang ditangkap kerana melakukan jenayah

Jangan sangka manusia sahaja yang melakukan jenayah dan jangan pula sangka hanya haiwan buas yang boleh melakukan jenayah berat. Berikut adalah kisah benar mengenai haiwan yang ditangkap kerana melakukan jenayah.


1. Seekor kucing ditahan di penjara Rusia kerana terlibat dengan plot penyeludupan telefon bimbit.
Pada bulan Jun lalu, seekor kucing telah ditahan polis selepaa ia didapati cuba untuk menyeludup telefon bimbit ke dalam sebuah penjara di Syktyvkar, wilayah Komi, Rusia. Tindakannya berjaya dikesan oleh seorang pengawal penjara yang melihat seekor kucing yang mana terdapat telefon yang diikat di bahagian perutnya. Namun menurut laporan, kucing itu terlepas juga dari hukuman penjara berpanjangan. (link)


2. Seekor kambing ditahan kerana dengan sengaja merosakkan kereta polis.
Kisah benar ini juga berlaku pada bulan Jun lalu. Tiga ekor kambing telah ditahan selepas dituduh merosakkan kenderaan polis. Jenayah kambing-kambing itu diklasifikasikan sebagai jenayah vandalism. (link)


3. Seekor lembu ditahan dalam kes pembunuhan
Di Negeria, semasa satu karnival pengorbanan, telah berlaku pergaduhan di kalangan remaja yang berkumpul dalam karnival tersebut. Pergaduhan itu mengakibatkan seorang lelaki maut selepas ditikam dengan botol tajam oleh seorang lelaki lain. Semasa polis tiba di tempat kejadian, semua orang sudah meninggalkan kawasan tersebut dan yang tinggal hanyalah seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban pada karnival itu. Polis menahan lembu tersebut dan membawanya ke balai. Lembu itu adalah satu-satunya makluk yang ditahan dalam kes tersebut. (link)


4. Burung merpati ditahan di India kerana disyaki sebagai pengintip
Seekor burung merpati ditahan di bawah kawalan ketat pengawal bersenjata selepas disyaki menjadi pengintip dari negara jiran, Pakistan. Polis mengesyaki bahawa merpati tersebut telah terbang ke India dari Pakistan dan membawa mesej tertentu, walaupun mereka sebenarnya tidak menjumpai apa-apa nota. Tidak ada sesiapa dibenarkan untuk melihat burung merpati itu. (link)


5. Seekor monyet ditahan di Pakistan kerana menceroboh sempadan India
Percaya atau tidak, pihak berkuasa Pakistan di wilayah Punjab telah menahan seekor monyet yang telah menceroboh di Cholistan. Monyet itu dipercayai telah mengembara dari India. Selepas orang ramai gagal menangkapnya, mereka telah membuat laporan kepada pegawai hidupan liar. Kini monyet itu telah diletakkan di Bahawalpur Zoo dan dinamakan sebagai Bobby. (link)


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami!