3 Pemain bola sepak terkenal dengan jenama seluar dalam mereka sendiri | Boros Di Aralom

Jumaat, 1 November 2013

3 Pemain bola sepak terkenal dengan jenama seluar dalam mereka sendiri

Bila dah popular dan dikenali ramai, memang agak senang nak promosikan produk jenama mereka sendiri. Tak perlu lagi susah-susah cari model terkenal untuk mempromosikan jenama mereka. Tak kira lah produk itu ada kaitan dengan kerjaya semasa atau tidak.

Berikut antara 3 pemain bola sepak terkenal dunia yang memiliki jenama seluar dalam mereka sendiri.

1. David Beckham
Fuh, siapa tak kenal David Beckham, bekas bintang Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy dan Paris Saint Germain (PSG) ini. Dia memang sangat popular terutamanya selepas berkhawin dengan penyanyi anggota Spice Girl, Victoria Beckham. Selain aktif dalam dunia modeling, Beckham juga memiliki jenama seluar dalam sendiri iaitu H&M.


2. Cristiano Ronaldo
Seorang lagi bekas bintang Manchester United yang kini bermain untuk Real Madrid. Kelincahannya di atas padang memang tidak dinafikan lagi dan dia adalah antara pemain terhebat di dunia masa kini dan pernah menjadi pemain termahal sebelum dipintas Gareth Bale. Terbaru, Cristiano Ronaldo telah melancarkan seluar dalam jenamanya iaitu CR7. (link)




3. Didier Drogba
Jose Mourinho pernah menyatakan bahawa Drogba adalah striker terbaik yang pernah bermain di bawah kendaliannya. Dan ianya memang tidak dapat dinafikan apabila Drogba menjadi ayam tambatan Chelsea memenangi beberapa trofi ketika bersama pasukan itu. Terbaru, Didier Drogba pula telah bekerjasama dengan sebuah syarikat Perancis untuk melancarkan jenama seluar dalam  HOM yang dikatakan lebih 'sopan' untuk lelaki. (link)




Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...