Apabila umur kita meningkat, pastinya kedutan di muka juga akan bertambah. Itu adalah perkara normal dan tiada seorang manusia pun yang bisa melawan hukum alam ini. Tapi pembentukan kedutan di muka bisa dilambatkan sekiranya anda mengamalkan beberapa petua ini.
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...
Ini dia 5 petua mengurangkan kedutan di muka secara semulajadi yang anda boleh praktikkan dalam kehidupan seharian.
1. Elak dari terkena cahaya matahari terlalu lama. Mereka yang kurang melakukan aktiviti di luar biasanya kelihatan lebih muda kerana kurang kedutan di muka. Gunakan krim sunscreen sekiranya anda mahu melakukan aktiviti luar lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik.
2. Jangan merokok. Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah ia juga mempercepatkan penuaan seseorang.
3. Lebihkan makan ikan, buah-buahan dan sayuran. Ikan memiliki protein yang sangat baik untuk kulit sama seperti antioksidan yang ada pada buah-buahan dan sayuran.
4. Dapatkan tidur yang cukup dan cuba gunakan bantal yang tidak terlalu banyak jalur jahitan. Ini kerana jalur pada bantal boleh menyebabkan kedutan sekiranya terkena pada muka anda sepanjang malam. Apa lagi kalau tiap-tiap hari. Bantal macam kat Giant tu pun dah kira okay.
5. Senyum selalu. Tapi jangan terlalu senyum sampai ke telinga. Bila menguap pun elakkan dari terlalu membuka mulut besar. Ini kerana jalur yang terbentuk di tepi mulut itu akan menjadi kedutan ketara apabila umur anda meningkat kelak. Masa muda, memang tak ketara tapi bila dah berusia, memang boleh dilihat dengan ketara.
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...