Bagi penghidap insomnia, tak lain tak bukan, tidur adalah masalah utama bagi mereka setiap malam. Akibat kekurangan tidur, penghidap insomnia kerap sukar mengawal emosi, badan yang kurang cergas dan mudah letih dan sering rasa tidak bermaya. Bagi mengatasi masalah insomnia, ada pula yang mengambil ubatan.
Namun, keterbergantungan terhadap ubatan dalam tempo yang panjang memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh.
Sebab itu, ramai yang kurang gemar untuk menggunakan ubatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Seboleh-bolehnya, mereka akan memilih rawatan alternatif yang dapat membantu mereka agar dapat menikmati tidur yang berkualiti. Teknik terbaru ditemui para pengkaji ialah dengan mengamalkan minuman jus buah ceri.
Menurut kajian yang dilakukan, minum jus ceri sebelum tidur mampu mengurangi gejala insomnia dan kerap terbangun malam hari. Di dalam kajian ini, responden yang mengamalkan jus ceri setiap kalai sebelum tidur mengakui bahawa kualiti tidur mereka semakin baik berbanding sebelumnya.
Hasil kajian ini seterusnya membuka peluang kepada para pengkaji untk mengkaji dengan lebih mendalam tentang kesan yang diperoleh daripada jus ini. Kajian ini juga menyatakan dua teori iaitu kesan yang diperoleh oleh responden adalah disebabkan oleh tindak balas terhadap melatonin pada buah ceri. Teori kedua pula berkata tentang kaitan erat di antara inflamasi dan aturan tidur.
Baru-baru ini juga, para pengkaji dari Universiti Rochester Medical Center dengan kerjasama pengkaji dari institusi lain telah mengkaji zat anti-insomnia pada buah ceri.
Hasil yang diterbitkan di dalam Journal of Medical Food ini menyatakan bahawa kumpulan yang menyertai kajian selama lapan minggu itu ternyata dapat mengurangi gejala-gejala insomnia dengan meningkatkan kualiti tidur mereka. Jelasnya, penghidap insomnia yang minum jus ceri setiap kali sebelum tidur jarang terbangun di malam hari berbanding sebelumnya.
oleh: Khairun Nisa Ishak
Majalah Rapi
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan